ikan jerung spesis prasejarah di tangkap





SEKUMPULAN nelayan di Lakes Entrance di Victoria, Australia terkejut apabila salah seekor ikan aneh yang berjaya ditangkap mereka merupakan spesis ikan jerung prasejarah, Frilled Shark yang wujud sejak 80 juta tahun lalu.

Menyerupai seekor belut, ia berukuran dua meter panjang dan ditangkap pada kedalaman 700 meter di bawah paras laut.

Ikan tersebut mempunyai 300 gigi dan jarang ditemui pada kedalaman kurang daripada 1,200 meter di bawah paras laut.

Menurut Ketua Eksekutif Persatuan Perikanan Tunda Tenggara (SETFA), Simon Boag, ini kali pertama spesis ikan itu ditangkap dalam keadaan masih hidup.

Bagaimanapun, ikan tersebut khabarnya sudah pun dijual oleh para nelayan tersebut.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI