kawasan mana yang mahu kerajaan pusat datang...sila jemput anwar datang dulu









ANWAR datang ke Pahang di Parlimen Temerloh iaitu di Paya Pulai dan di Parlimen Bera iaitu di Kg Mengkarak pada 07 Jan 2015 baru-baru ini bagi melawat mangsa-mangsa banjir.

Turut serta adalah isterinya Presiden PKR, Azizah. Kehadiran Anwar di Temerloh disambut oleh Timbalan Pengerusi PKR Pahang, Sdr Nizam serta Ketua Cabang PKR Temerloh, Sdr Jamil dan beberapa pimpinan tempatan.

Kehadiran Anwar dan Azizah juga turut disertai oleh Exco Kerajaan Negeri Selangor YB Daroyah Alwi dan beberapa pimpinan NGO termasuk dari Jingga 13. Seperti biasa, Anwar dan Azizah serta rombongannya melawat ke beberapa kawasan yang dilanda banjir di kedua-dua Parlimen tersebut.  Sambutan yang diterima amat menggalakkan walaupun kehadiran Ketua Pembangkang ini adalah secara mengejut tanpa sebarang publisiti media.

Pada 08 Jan 2015, tiba-tiba Muhyiddin pun turun ke dua-dua kawasan Parlimen tersebut beserta dengan bermacam bentuk bantuan dari Pusat.  Ertikata lain, mana-mana kawasan yang mahu melihat pemimpin utama Kerajaan Pusat datang ke kawasan mereka, sila jemput Anwar datang dahulu.  Pasti pemimpin Pusat akan tiba kemudian untuk membawa bantuan.  Kalau tidak percaya, sila cuba. Itulah hebat dan aura yang ada pada Anwar.

Hanya mereka yang busuk hati dan berdendam saja yang enggan akui kehebatan tokoh reformasi ini.  Anwar tidak kira di mana saja yang dirasakan perlu untuk beliau datang menjenguk, beliau akan datang walaupun Parlimen Temerloh itu MP nya bukan dari PKR pun malah MP nya itu tidak hadir sewaktu kehadiran Anwar.  Oleh kerana Temerloh salah satu kawasan yang teruk dilanda banjir, Anwar tetap turun sama juga di Kelantan walaupun Kelantan di bawah PAS bukan PKR.  Anwar tahu PAS masih lagi bersama PR.

Kalau ada geng-geng UG yang hari-hari memburukkan Anwar, itu mereka punya pasal sebab kita tahu golongan ini sejarahnya pun memang datang dari puak yang busuk hati tetapi berlindung di bawah jubah dan serban.   Selagi mereka tidak dapat bersama amno yang korup itu, mereka tetap akan berusaha burukkan Anwar


sumber....wfauzdin

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI