padah obses gaya hidup selebriti hingga hampir muflis



BARTON menunjukkan sebahagian daripada 15 keping kad kredit yang dimilikinya bersama kasut yang ditempah khas daripada jenama terkenal.

LONDON – Seorang lelaki di sini yang sanggup berbelanja mewah gara-gara ingin menikmati gaya hidup seperti selebriti terkenal Hollywood, Joey Essex kini disahkan hampir muflis.

Lelaki tersebut, Sam Barton, 22, telah melakukan pembedahan plastik pada bahagian wajahnya termasuk mendapat suntikan botox serta rawatan pemutihan gigi yang jumlah keseluruhannya mencecah £35,400 (RM191,000).

Barton yang memiliki 15 kad kredit telah berbelanja mewah selama empat tahun dengan membeli barangan perhiasan dan pakaian berjenama terkemuka yang ditempah khas selain menghabiskan masa dengan bercuti ke luar negara.

“Saya sangat obses untuk mendapatkan kehidupan yang sempurna sehingga saya tidak pernah memikirkan tentang jumlah wang yang telah dibelanja.

“Saya turut akan pastikan sekiranya saya menginginkan sesuatu, saya pasti akan membeli,” kata Bortan.

Disebabkan cara hidupnya itu, Barton juga telah menghabiskan sekitar £100,000 (RM539,000) selain membuat overdraft bank sehingga hampir disahkan muflis apabila gagal melangsaikan hutang sebanyak £35,000 (RM188,500)

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI