jual Porsche bekas suami yang curang dengan harga rendah



Melbourne – Seorang wanita yang marahkan bekas suaminya kerana curang kepadanya telah membalas dendam dengan menjual kereta Porsche milik lelaki itu pada harga hanya RM71,000.

Nilai sebenar kereta mewah berkenaan adalah lebih RM500,000.

Menurut wanita berkenaan, duit hasil jualan kereta itu akan digunakan untuk melancong ke seluruh Eropah dan berfoya-foya dengan lelaki kaya di situ.

Dia yang tidak berpuas hati dengan bekas suaminya itu bertindak demikian dengan mengiklankan jualan kereta tersebut dalam laman web.

“Porsche bekas suami yang amat bernilai – Saya telah mengahwininya ketika dia miskin dan setia selama 25 tahun.Ya kami kaya.

“Saya mengesan dia menipu saya jadi saya mengekorinya ke sebuah restoran lima bintang dan melihat dia berfoya-foya dengan wanita berambut perang.

“Jadi saya balas perbuatannya dan sebagai pemilik sah kereta Porsche ini, saya memutuskan untuk menjualnya pada harga RM71,000 sahaja,’’ katanya.

Ternyata iklan ini mendapat sambutan ramai malah tidak kurang pula yang cuba memikatkanya.

Bagi kaum wanita pula, mereka bersimpati dengan wanita tersebut yang ditipu suami sendiri.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI