jadi wira kerana berjaya balas dendam dan membunuh buaya yang membaham isterinya
Kibuye (Uganda): Seorang lelaki digelar wira kerana berjaya membunuh buaya lebih enam meter yang membaham dan memakan mayat isterinya yang hamil.
Mubarak Batambuze dari Kampung Kibuye, Uganda menghabiskan semua wang simpanannya untuk bertindak membeli lembing bagi memburu dan membunuh buaya berkenaan.
Ketika kejadian, isterinya, Demeteriya Nabwire pergi mencari kayu api di tepi sungai sekitar Nawaikoke.
Penduduk kampung yang bimbang selepas dia tidak pulang beberapa jam kemudian, membentuk pasukan mencari dan terkejut apabila menemui selipar, jari kaki yang berdarah dan telefon bimbit wanita itu ditempat dia hilang.
Ia jelas menunjukkan Demeteritya dibaham haiwan gergasi dalam sungai itu buaya seberat lebih 1,000 kilogram yang sebelum ini didakwa menyebabkan kematian enam wanita dan kanak-kanak.
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI