agaknya nak tempah maut rakam aksi buaya



NYGRE berada di hadapan muncung seekor buaya untuk mendapatkan sudut rakaman yang menarik membuat rakaman di sebuah pantai di Quintana Roo, Mexico.

MEXICO – Seorang jurugambar yang juga bekas tentera Amerika Syarikat sanggup menanggung risiko semata-mata mahu merakam aksi buaya liar secara dekat di pantai Mexico.

Jurugambar itu, John Nygre yang memuat naik video di laman perkongsian video YouTube kelihatan langsung tidak berasa takut ketika merakamkan gambar dia berenang dalam jarak yang dekat dengan buaya.

Video itu antara lain memaparkan pergerakan buaya yang kadangkala mengangakan mulut serta melibaskan ekor ketika dihampiri Nygre.

Videonya yang bertajuk ‘My, what big teeth you have’ itu mendapat perhatian ramai penonton yang menganggap aksi tersebut sangat mengujakan.

Menurut salah sebuah stesen televisyen, WITI-TV gambar itu dirakam di sebuah pantai di Quintana Roo, Mexico.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI