nafi kupon wang punca tragedi rempuhan



SEKUMPULAN anggota penyelamat berusaha merawat mangsa yang tercedera dalam kejadian letupan sewaktu meraikan sambutan tahun baru di bandar raya Shanghai, China kelmarin. Kejadian tersebut menyebabkan 35 orang terbunuh selain mencederakan lebih ratusan pengunjung lain.

SHANGHAI – Polis China menafikan insiden rempuhan semasa sambutan Tahun Baharu di bandar raya ini berpunca daripada orang ramai berkejaran untuk mengutip wang palsu yang dilontar dari sebuah bangunan berhampiran.

Pihak berkuasa bandar raya ini berkata, orang ramai berasal sehingga mencetuskan tragedi rempuhan kawasan tepi sungai dikenali sebagai The Bund, Dataran Chen Yi menjelang tengah malam kelmarin.

Insiden itu merupakan kemalangan terburuk di kota kosmopolitan ini selepas 58 orang maut dalam satu kebakaran bangunan pada 2010.

Punca rempuhan masih belum disahkan tetapi media rasmi dan beberapa saksi berkata, tragedi itu antara lain disebabkan oleh sekumpulan orang ramai yang menyerbu untuk mengutip kupon menyerupai wang tunai.

“Wang palsu itu dilontar ke bawah dari sebuah bar sebagai sebahagian daripada sambutan Tahun Baharu,” kata seorang lelaki bernama Wu. Dia membawa seorang daripada 47 mangsa yang cedera ke sebuah hospital.

Polis bandar raya ini menyatakan di laman blognya bahawa rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) menunjukkan wang palsu itu dibaling dari sebuah bar berdekatan kawasan The Bund dan sejumlah kecil pengunjung bergegas untuk mengutipnya.

Polis bagaimanapun menafikan ia merupakan punca tragedi itu.

Seorang saksi lain yang dikenali sebagai Wei memberitahu, masalah berlaku di sebuah platform yang terletak agak jauh dari lokasi wang palsu itu dibaling.

“Orang ramai cuba naik ke platform yang terletak di tepi sungai,” katanya

Menurut agensi berita Xinhua, sejumlah pengunjung dipijak selepas terjatuh dari tangga semasa mereka naik ke platform berkenaan.

“Kami terperangkap di tengah-tengah dan melihat beberapa wanita jatuh sambil menjerit. Kemudian, sejumlah pengunjung mula terjatuh dari satu barisan ke satu barisan,” jelas seorang saksi bernama Yin.

Dalam perkembangan berkaitan, media China mengkritik pihak berkuasa kerana gagal memastikan perancangan dan kawalan keselamatan yang rapi sebelum mengadakan acara mega itu.

Presiden China, Xi Jinping dalam pada itu mengarahkan pihak berkuasa supaya mengenal pasti punca rempuhan seberapa segera yang boleh. Beliau turut meminta supaya pentadbiran negeri di China memastikan agar tragedi serupa tidak berulang

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI