punca tiket habis ...anwar lewat balik ke malaysia untuk lawat mangsa banjir bukan macam PM...di paksa baru balik dan salahguna harta kerajaan masa bercuti...!!!




Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau tidak dapat pulang lebih awal dari percutiannya ketika banjir buruk melanda beberapa negeri di semenanjung kerana ketiadaan tiket penerbangan.

Ahli Parlimen Permatang Pauh tersebut bagaimanapun mengingatkan semua pihak termasuk jentera partinya supaya tidak terlalu berpolitik dan lebih menumpukan kepada usaha membantu mangsa banjir.

“Saya minta maaf lambat datang. Saya tiada keupayaan untuk balik segera kerana tidak ada penerbangan, tempahan tiket tak boleh ditukar.

“Saya mohon supaya semua pihak beri tumpuan kepada kerjasama dan bagi ruang serta peluang kepada semua yang mahu membantu, jangan ada cengkaman politik mahupun diskriminasi.

“Jangan lihat dari segi kepentingan politik, lihat kepada kepentingan rakyat.”

Sebelum ini, Anwar menerima banyak kritikan daripada pihak penyokong  kerajaan  pusat
( UMNO ) kerana tidak muncul untuk sama-sama menghulurkan bantuan ketika banjir melanda. Anwar dilaporkan berada di United Kingdom ketika tragedi tersebut.

Kelmarin (Khamis), barulah beliau akhirnya didapati muncul di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu, Kelantan.


##



terkini...singgah di bangkok dan tak terus ke KLIA...apa cer nih...!!!


Anwar  bukan PM tapi sudah sedaya  upaya  untuk pulang...beliau berjiwa rakyat  dan pulang  ke negara  ini  untuk melawat mangsa banjir mengikut  protokol  rakyat biasa...tak macam si najib haramjadah ...masa bercuti  ke amerika  jilat ponggong obama pun masih  guna jet kerajaan...Setelah teruk kutuk dengan  rakyat  baru pulang dengan keadaan  terpaksa  guna pesawat  milik kerajaan yang lain pula...sedang jet yang di naiki masa pergi tak pulang pulang  hingga hari ini di gunakan oleh bini dia yang berlagak menteri ke sana sini bercuti dan  berjoli sakan  di amerika  seolah olah harta macam arwah emak bapak dia punya...




Najib Razak & Rosmah Mansor Bercuti di Hawai Dengan Pesawat Jet M9-NAA Milik Kerajaan Malaysia. Najib Balik Malaysia Dengan RMAF Boeing 777? Rosmah Mansur kat mana, Rosmah Mansor kat mana, Rosmah kat mana.


Sejak Najib Razak mengambil alih kepimpinan negara pada 2009, sudah banyak kali isu penggunaan jet kerajaan oleh isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor timbul dan menjadi percakapan ramai. Suatu ketika dahulu, penggunaan jet itu menjadi pertikaian apabila Rosmah didapati menggunakannya semasa menghadiri suatu program di Dubai bersama beberapa isteri menteri kabinet.

Beberapa penggunaan lain  jet itu oleh Rosmah sama ada untuk kunjungan ke luar negara mahu pun perjalanan dalam negara, sentiasa saja menjadi bualan, pertikaian dan berita hangat di media-media. Di Parlimen juga, kos perbelanjaan penggunaan jet oleh Rosmah   yang melibatkan ratusan ribu ringgit wang rakyat turut pernah menjadi pertanyaan Ahli-Ahli Parlimen dan mereka mempertikaikan kelayakan isteri Perdana Menteri menggunakan kemudahan eksklusif itu.

Pendek kata, isu penggunaan jet oleh Rosmah sentiasa saja diperkatakan salah atau benarnya meskipun isteri Perdana Menteri dikatakan mendapat kebenaran khas daripada Kabinet atau pun daripada Najib sendiri selaku Perdana Menteri.

Kali ini, penggunaan jet oleh Rosmah kembali hangat apabila Najib yang sedang bercuti dan selepas bermain golf bersama Barack Obama di Hawaii didapati pulang sendirian untuk meninjau suasana banjir dalam negara dan meninggalkan pesawat khas itu di AS.

Ia segera menimbulkan andaian bahawa jet itu adalah untuk kegunaan Rosmah, apatah lagi ia dikesan melalui FlightRadar24 turut berkeliaran di ruang udara Indianapolis, Los Angelas, New York, Dubai dan Bangkok dan dipercayai sedang dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur. Berbanding era Mahathir dan Pak Lah, penggunaan jet oleh isteri Perdana Menteri tidak pernah menjadi isu. Ketika itu hanya Perdana Menteri yang menggunakan kemudahan itu sepenuhnya dan isteri mereka tidak pernah menggunakannya secara sendirian.


Wa ingat  Sudah Sampai Masanya Rosmah Perlu Diberi Kelayakan Guna Jet, Sama Seperti PM Dan TPM


About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI