lokasi pencarian penerbangan AirAsia QZ8501 yang terhempas rupanya kubur kapal perang dunia kedua
12:06 PTG
air asia Airbus A320-200
,
AirAsia QZ8501
,
indonesia
,
luar negara
,
perang dunia kedua
,
sejarah
Edit
KERANDA berisi mayat penumpang AirAsia QZ8501 dibawa menaiki pesawat tentera untuk dibawa ke Surabaya dari lapangan terbang Pengkalan Bun, Kalimantan Tengah kelmarin
JAKARTA – Laut Jawa yang menjadi lokasi pencarian Penerbangan AirAsia QZ8501 terhempas juga merupakan ‘perkuburan’ pertempuran laut antara yang terbesar semasa Perang Dunia Kedua.
Bangkai-bangkai kapal sama ada yang karam dalam peperangan atau akibat bencana alam memberi petunjuk palsu berhubung pencarian pesawat QZ8501 milik AirAsia Indonesia yang hilang pada Ahad lalu.
Seorang pegawai agensi mencari dan menyelamat Indonesia, SB Supriyadi semalam berkata, pasukan mencari sebelum ini berjaya mengesan struktur logam tetapi pemeriksaan lanjut mendapati ia sebuah kapal yang tenggelam.
Laut Jawa merupakan tempat kekalahan tentera laut Bersekutu dalam pertempuran dengan tentera Jepun semasa negara berkenaan mara ke tanah jajahan Belanda di Hindia Timur.
Dalam pertempuran Laut Jawa pada 27 Februari 1942 tentera Belanda, Britain dan Australia dikalahkan oleh Jepun dengan menyebabkan lima kapal pihak Bersekutu tenggelam yang meragut sebanyak 2,300 nyawa anak kapalnya.
Tentera Jepun pula cuma kehilangan sebuah kapal pemusnah bersama 36 anak kapal dalam pertempuran itu
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI