benggong...bawa anak dalam beg berjenama

CHINA – Seorang wanita menerima kecaman ramai selepas dia membawa bayinya yang berusia lapan bulan di dalam beg tangan berjenama terkenal ketika bertemu dengan rakan-rakannya.

Perbuatan Xue Hsueh, 26,itu disifatkan sebagai bodoh selepas rakannya memuat naik gambar berkenaan di internet.

Ramai yang melahirkan kebimbangan kepada bayi tersebut dan apa yang akan berlaku kepadanya jika tali beg tersebut putus.



Bagaimanapun Xue mempertahankan tindakan berkenaan dan menyatakan dia hanya meletakkan bayinya dalam beg itu seketika sahaja, ketika dia berborak dengan rakan-rakannya.

Jelasnya lagi, bayi tersebut juga gembira apabila berada dalam beg mahal itu.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI