orang afrika albino dikhuatiri dibunuh untuk dijadikan tangkal



TANZANIA – Seorang kanak-kanak perempuan penghidap Albino yang berusia empat tahun, Pendo Emmanuelle Nundi, yang diculik di rumahnya, dikhuatiri telah dibunuh bagi membolehkan bahagian badannya dijual kepada dukun.

Mengikut kepercayaan karut, bahagian badan penghidap Albino boleh dijadikan ramuan untuk menghasilkan tangkal.

Nilai bahagian badan mereka dikatakan mencecah RM200,000.

Antara yang ditahan polis adalah bapa kepada kanak-kanak tersebut.

Pendo diculik Sabtu lalu oleh penculik yang memecah masuk ke rumahnya dengan menggunakan penukul.

Polis percaya penculik mendapat maklumat daripada jiran kanak-kanak berkenaan.

Sekurang-kurangnya 74 penghidap Albino telah dibunuh di negara berkenaan sejak tahun 2000.

Selepas peningkatan pembunuhan mangsa Albino pada 2009, kerajaan Tanzania akhirnya mengambil tindakan dengan menempatkan kanak-kanak Albino di rumah kebajikan, dalam usaha melindungi mereka.

Pada Mei tahun lepas, dua dukun telah ditangkap selepas seorang wanita Albino ditemui mati akibat dipukul.

Jari dan sebelah kaki wanita itu juga dipotong.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI