tokeh skim cepat kaya di england di buru



LONDON – Pihak berkuasa Britain kini memburu seorang penganjur skim cepat kaya yang menghilangkan diri bersama wang tunai milik beberapa pelabur berjumlah £130 juta (RM709.17 juta).

Lelaki tersebut, Joe Lewis (gambar), 59, dipercayai memperdayakan ramai golongan profesional termasuk dari luar negara untuk menyertai skim cepat kaya itu.

Lewis menghilangkan diri selepas menghantar e-mel kepada para pelabur bagi meminta maaf kerana syarikatnya, JL Trading yang berpangkalan di Istanbul, Turki sebenarnya sudah tidak beroperasi sejak lima tahun lalu.

Seorang mangsa, Don Wall, 77, berkata, dia bertemu dengan Lewis ketika bermain golf pada tahun lalu dan lelaki itu memujuknya untuk menyertai satu skim pelaburan dengan bayaran minima £16,000 (RM87,306).

“Lewis kelihatan sangat kaya dan dia berjaya meyakinkan saya selepas menjanjikan bayaran keuntungan bulanan sekitar tiga peratus.

“Saya menggunakan wang simpanan saya berjumlah £100,000 (RM545,666) untuk melabur dalam skim tersebut tetapi selepas beberapa bulan saya gagal menghubungi Lewis,” katanya.

Seorang jurutera minyak, Neil Rodrigues memberitahu, dia melabur £26,000 (RM141,855) pada tahun lalu dan beberapa rakannya termasuk di luar negara turut melabur dalam skim berkenaan.

“Sehingga kini, kami masih belum mendapat wang kami semula,” ujarnya.

Satu sumber berkata, pihak polis sedang memburu Lewis dan satu tindakan untuk membekukan semua akaun serta aset milik lelaki itu telah diambil.

Bagaimanapun, Lewis yang telah mengosongkan akaun bank miliknya dipercayai melarikan diri ke negara Timur Jauh bersama sejumlah wang tunai.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI