resepi gulai udang harimau
BAHAN-BAHANNYA :-)
15 ekor udang harimau
1/2 biji nenas Sarawak, dikupas dan hiris sederhana tebal
2 batang serai, diketuk
2 helai daun kunyir, disiat
1 liter santan cair
400 ml pati santan
1 keping asam gelugor
Garam dan gul secukup rasa
BAHAN KISAR HALUS :-)
7 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
1/2 inci belacan, dibakar
2 biji cili merah
10 biji cili padi
2 keping hirisan nenas
CARA MEMBUATNYA :-)
Udang harimau dibersihkan, cuci dan tos. Masukkan ke dalam periuk bersama serai titik dan bahan2 kisar halus. Kacau dan masak hingga mendidih dan udang bertukar warna kemerahan. Tuang santan cair, kacau dan biar mendidih.
Tambah nenas dan asam gelugor. Masak hingga nenas lembut. Tuang pati santan, masukkan daun kunyit. Biar mendidih dengan api kecil dan kacau selalu. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula.
Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi putih, ikan goreng, sambal belacan dan telur dadar..
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI