resepi terung salai berlada



BAHAN-BAHANNYA :-)

4 biji terung ungu (che mat guna terung bersaiz kecil)
1/2 camca teh garam
1 camca teh minyak zaitun @ minyak masak
4 biji cili merah
2 ulas bawang putih
2 biji buah keras, hiris
4 biji bawang merah kecil
2 biji limau kasturi, perah jusnya
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit hirisan daun bawang, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)

Cuci terung dan buang pangkalnya, kemudian  hiris 3 memanjang setiap biji terung tadi. Gaul rata2 dengan minyak zaitun dan 1/2 camca teh garam. Salai terung tadi dalam non-stick hingga lembut (che mat guna kuali ajaib). Letak dalam pinggan sesuai. Ketepikan.

Dalam alat pengisar, masukkan bawang putih dan buang keras, kisar hingga halus. Tambah cili merah dan bawang merah. Kisar hingga hancur, tak perlu sampai halus sangat. Guna kaedah 'pulse'.

Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 6 camca besar) dan tumis bahan2 tadi hingga harum. kecilkan api dan terus memasak hingga garing, kacau selalu. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Akhir sekali masukkan jus limau kasturi, kacau dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api.

Tuang sambal atas terung salai, ratakan dan tabur dengan hirisan daun bawang sebagai hiasan. Hidangkan bersama nasi panas, ikan goreng dan telur dadar...hmmm...sedappp!!!..

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI