aksi bahaya dengan terjun lebih 2 000 meter guna belon



SEBANYAK 90 biji belon yang diisi dengan gas helium telah digunakan oleh Roner semasa melakukan terjunan setinggi 2,438 meter

LOS ANGELES – Seorang lelaki yang gemar melakukan aksi berbahaya telah membuat terjunan setinggi 2,438 meter menggunakan 90 biji belon sebelum dia bertindak menembak belon-belon itu semasa dalam terjunan.

Menurut laporan portal Daily Dot, lelaki itu, Erik Roner yang juga merupakan ahli kumpulan sarkas, Nitro Circus telah melakukan aksi tersebut dengan duduk di atas kerusi malas yang diikat dengan 90 biji belon berisi gas helium.

Dia merakam sendiri aksi terjunan itu dengan menggunakan kamera yang dipasang pada topi keledar keselamatan.

“Tiada apa yang lebih menyeronokkan selain melakukan aksi berbahaya ini,” kata Roner semasa berada pada ketinggian 2,448 meter dan bersedia untuk terjun.

Lelaki itu dilihat menembak belon-belon yang diikat pada kerusinya satu persatu sebelum membuka payung terjun dan telah melakukan pendaratan dengan selamat


About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI