air percuma 40 meter padu...beban pembayar cukai ke beban menanggung bangkai bernyawa pengerusi syabas bergaji buta dengan duit haram RM 5 juta setahun....?

Air percuma 40 meter padu beban kepada pembayar cukai, kata Pengerusi Syabas Bergaji RM 5 Juta setahun



Cadangan kerajaan negeri Selangor menaikkan pemberian air percuma kepada 40 meter pandu dibimbangi akan membebankan pembayar cukai negeri itu, kata Tan Sri Rozali Ismail.

Pengerusi Eksekutif Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) itu berkata, pemberian itu tidak adil kepada mereka jika pengguna keseluruhannya masih tidak ada kesedaran ‎tentang penggunaan air.

"Kalau kerajaan negeri bagi air percuma, tapi kena bayar kepada (kos) perawatan, mana kerajaan negeri nak ambil duit? (Semestinya) daripada cukai pintu," katanya dalam sidang media selepas perasmian program BPS River Fun Day di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia di Gombak, hari ini.

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) awal Disember lalu berkata, kerajaan negeri mempertimbangkan jumlah pemberian air percuma 20 meter padu kepada 40 meter padu selepas penstrukturan industri air Selangor dimuktamadkan pada September 2015.

Katanya, cara itu hanya menguntungkan pengguna dalam jangka masa pendek, tetapi ‎akan membebankan semua pihak daripada segi kos bagi masa panjang sehingga boleh memaksa kerajaan negeri menaikkan tarif air.

"Soal (tarif) naik atau tidak itu saya tidak boleh jawab. Itu soal kerajaan negeri," katanya.

Pengerusi syarikat konsesi air itu turut menyatakan kebimbangannya mengenai bekalan air pada masa depan memandangkan 40% sungai di Selangor tidak boleh digunakan lagi.

"Kita tutup beberapa loji lagi kerana ia tidak memulihkan air. Contohnya loji Batu 11 Cheras dan Sungai Langat yang ditutup apabila musim kemarau kerana kandungan ammonia amat tinggi," katanya.

Pada masa sama katanya, Selangor juga tidak boleh terlalu bergantung kepada bekalan air luar kerana penduduk akhirnya terpaksa memikul beban membayar kos tinggi.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan kerajaan Pahang melalui projek Langat 2 akan menaikkan caj saluran air kepada Selangor dalam tempoh 5 tahun akan datang.

"Rundingan kerajaan negeri Selangor dengan Pahang sekarang ini bayar 10 sen, tetapi 5 tahun akan datang mungkin dinaikkan kepada 20 sen.

"Dengan 20 sen, maknanya faktor kos itu akhirnya akan menyebabkan pengguna bayar air yang dirawat, kalau kita ambil di Selangor kita tidak perlu bayar," katanya.

Sehubungan itu, katanya, program pemulihan sungai penting dan yakin ia dapat dipulihkan semula dalam 10 tahun akan datang jika semua pihak menunjukkan komitmen.



##


beban menanggung bangkai bernyawa  aka biawak hidup RM 5 Juta setahun...cermin diri muka tu sebelum buat statement  yang mengarut...!!!



Bukan RM1.5 Juta setahun rupanya gaji CEO SYABAS.. tetapi RM  5 Juta...melampau...mentedara dengan menyamun duit rakyat...!!!

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI