kahwin diri sendiri kot...pakej unik untuk andartu...amalan songsang ini di amalkan di jepun



TOKYO – Sebuah agensi percutian tempatan, Cerca Travel di Kyoto, sebuah bandar ibu kota lama Jepun lebih seribu tahun sebelum berpindah ke Tokyo; menawarkan pakej unik majlis perkahwinan untuk wanita bujang yang ‘belum’ mempunyai pengantin lelaki.

Perkhidmatan ditawarkan meliputi gaun sepersalinan, jambangan bunga, dandanan rambut, kereta limosin, penginapan hotel dan album foto kenangan selain lawatan ke beberapa mahligai bersejarah tempatan, lapor agensi berita rasmi Jepun, Kyodo di sini hari ini.

Pengarah agensi itu, Yukiko Inoeu berkata, sejak dilancarkan pada Mei lalu, kira-kira 30 wanita dari seluruh Jepun telah menyertainya namun, hampir separuh daripada pelanggan tersebut sudah bersuami, cuma majlis perkahwinan terdahulu mereka tidak begitu meriah.

“Ada wanita berusia yang tidak puas hati dengan upacara perkahwinan sebelum itu sama ada dilangsungkan secara tradisional atau moden, lantas memilih pakej kami ini lebih kepada untuk memperbaharui semula ikrar perkahwinan mereka,” jelas beliau.

Inoue mengaku sengaja menciptakan pakej perkahwinan solo sebagai usaha psikologi bagi menggalakkan wanita bujang Jepun terlajak usia dan masih belum ada teman lelaki atau ditipu kekasih curang, agar memiliki perasaan positif terhadap status diri sendiri.

Namun ujar beliau, ada beberapa pelanggan agensi itu mengatakan mereka rasa lebih kesepian dan bertambah lagi sedih selepas menggunakan pakej ditawarkan walhal niat asalnya mahu bergembira dan melupakan kekurangan diri yang belum berteman.

Berdasarkan data Institut Kajian Keamanan Sosial dan Populasi Nasional yang dilaporkan akhbar Japan Times, semakin ramai warga Jepun lebih selesa hidup bersendirian kerana pelbagai alasan, seperti usia sudah lanjut, proses urbanisasi dan perceraian.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI