menteri indon tanpa ijazah tapi bijaksana sementara menteri malaysia konon ada ijazah ( ijazah beli kot ) tapi kebodohan cap ayam tahap gaban...!!!

menteri indon tanpa ijazah  tapi  bijaksana



tanpa ijazah tapi punyai kebijaksaan


Walaupun tidak memiliki sebarang ijazah dan hanya tamat pengajian di peringkat sekolah menengah, namun Susi Pudjiastuti bukan calang-calang wanita.

Apa tidaknya, baru sahaja menyertai kabinet Presiden Indonesia yang baharu, Joko Widodo, selama dua bulan, beliau dianggap menteri paling berjaya setakat ini.

Pada pengamatan Naib Presiden negara itu iaitu Jusuf Kalla, Susi berjaya membuktikan kemampuannya memimpin Kementerian Kelautan dan Perikanan melebihi pencapaian akademiknya.

Ujar beliau kepada pemberita Indonesia, “Keupayaan yang tak diduga oleh seorang menteri yang hanya tamat Sekolah Menengah Pertama (SMP).”

Dalam barisan menteri kabinet Jokowi, Susi merupakan satu-satunya menteri yang memiliki pencapaian akademik setakat SMP, namun beliau berjaya membuatkan ramai pihak gentar dengan formula kebijaksanaannya.

“Beliau melakukan formula yang bijaksana dan tepat, hinggakan semua orang gentar.”

Tambah Jusuf, beliau pernah mengingatkan Jokowi tentang latar pendidikan Susi sebelum wanita itu dilantik menjadi menteri. Jokowi bagaimana pun membalas, syarat kelayakan sebagai menteri hanya SMP, lantas Susi layak menduduki kerusi tersebut


menteri  malaysia kononnya punya ijazah  ( ijazah palsu )  tapi kebodohan  cap ayam  tahap gaban...






ngaku punya ijazah tapi mentaliti  pembodek otak cap ayam



Menteri: Elak makan ayam kalau harga naik


KUALA BESUT - Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaaan Datuk Hasan Malek hari ini mengajak orang ramai 'menukar' selera daripada memakan ayam kepada menu lain seperti ikan dan daging sebagai usaha mengekang kenaikan harga ternakan itu.

Beliau berkata langkah itu dianggap perlu memandangkan terdapat pihak tidak bertanggungjawab yang cuba mengambil kesempatan menjelang musim perayaan Hari Raya Aidilfitri dengan menaikkan harga ayam sewenang-wenangnya.

Katanya ia juga bertujuan mengajar pihak berkenaan yang cuba mengaut keuntungan supaya sedar tindakan tidak bertanggungjawab mereka tidak akan berhasil.

"Pengguna perlu guna kuasa untuk ajar pihak tidak bertanggungjawab, kalau tengok harga naik jangan beli ayam tapi beli daging pula," katanya ketika berucap pada Program Pemimpin Bersama Rakyat di Pulau Perhentian dekat sini, hari ini.

Ketika ditemui pemberita kemudiannya, Hasan mengulangi gesaan kepada peniaga supaya tidak menaikkan harga ayam sesuka hati sebaliknya menanam perasaan mendahulukan rakyat agar negara terus sejahtera.

"Saya lihat masih ada peniaga yang degil. Fikirlah balik...pada saya letaklah kepentingan negara lebih daripada lain-lain supaya kita tak jadi macam negara lain yang huru-hara.

"Kita sedang pantau dan cari punca kenaikan harga ayam adakah daripada pembekal, pemborong atau peniaga sendiri," katanya.

Selain itu Hasan berkata kira-kira 74 wakil industri termasuk pembekal ayam dan pengeluar gula memberi jaminan untuk tidak menaikkan harga barangan pada musim perayaan Aidilfitri selain memastikan bekalan mencukupi.

"Persatuan Penternak Unggas Melayu di Selangor telah memberi jaminan akan memberi sokongan kepada kementerian untuk memastikan bekalan sentiasa cukup supaya harga kekal," katanya.

Mengenai Ops Harga 2013, Hasan berkata sejak dilancar pada 6 Julai lalu hingga Khamis lepas (11 Julai) sebanyak 26,854 pemeriksaan dilakukan di seluruh negara.

Beliau berkata daripada keseluruhan jumlah pemeriksaan itu 60 kes telah dikenakan tindakan dengan jumlah rampasan bernilai RM10,071 dan kompaun RM7,150.

"Kes-kes yang dikenakan tindakan itu 59 membabitkan kesalahan tidak meletak tanda harga atau senarai harga bagi barangan yang dijual dan satu lagi kes dikenakan tindakan kerana menjual barang harga kawalan (gula kasar) melebihi harga maksimum yang ditetapkan," katanya. - Bernama


About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI