melampau....kekasih gelap warisi KWSP mendiang suami



kekasih gelap..?...he he he....gambar hiasan


MEMANG sedih mengenangkan nasib seorang ibu tunggal yang telah kematian suami ni.

Disangkakannya setelah kematian suami, dapatlah dia menuntut wang daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebagai pewaris.

Namun, sebaliknya berlaku apabila nama waris yang tertera adalah individu lain yang merupakan kekasih gelap suaminya.

Memetik laporan Sinar Harian, M Tamil Selvee, 48, dari Taman Kesang Damai, Jasin, berkata dia hanya menyedari perkara itu ketika tampil ke pejabat KWSP Cawangan Jasin, Julai lalu.

Alangkah terkejutnya dia apabila pegawai bertugas menjelaskan suaminya telah menukar nama waris kepada wanita berkenaan.

“Saya memang tahu hubungan suami, tetapi apa boleh buat, sebagai isteri saya kena patuh padanya. Tetapi saya tidak sangka dia (suami) tergamak sehingga sanggup menukar nama waris KWSP miliknya kepada wanita itu.

“Saya puas merayu kepada wanita itu supaya memberikan sebahagian wang itu untuk keperluan keluarga saya tetapi dia langsung tidak mengendahkannya,” katanya.

Suami Tamil Selvee, mendiang K Chellamanickam, seorang pemandu jentolak, meninggal dunia Julai lalu selepas kemalangan di tempat kerja.

Selvee yang bekerja sebagai tukang sapu di sebuah kuil memperoleh pendapatan RM322 sebulan dan mengakui mengenali wanita terbabit yang dikaitkan mempunyai hubungan sulit dengan mendiang suaminya.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI