bunuh orang di dakwa melawan syaitan



Michigan: Sorang penumpang yang dituduh menikam empat orang dalam sebuah kereta api di barat daya Michigan memberitahu polis, dia bertindak demikian selepas melihat seorang mangsanya bertukar menjadi ‘syaitan.’

Michael D Williams semalam mengaku tidak bersalah atas tuduhan cuba membunuh.

Lelaki berusia 44 tahun itu dituduh menikam seorang konduktor dan tiga penumpang lain Jumaat lalu apabila kereta api berkenaan berhenti di Niles, 16 kilometer dari South Bend, Indiana.

Menurut kertas pertuduhan, Williams memberitahu penyiasat, dia menyerang mangsanya selepas melihat seorang daripada mereka bertukar menjadi syaitan.

“Saya terpaksa melawan syaitan itu,” katanya kepada penyiasat.

Ketika dihubungi wartawan, adiknya, Tracy, berkata, Williams berdepan dengan masalah tekanan jiwa selepas menamatkan perkhidmatan dalam angkatan tentera Amerika Syarikat.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI