pintu kaca hempap budak umur 4 tahun







Malang tak berbau jadi awasilah anak anda di mana jua.

Jika tidak insiden yang menimpa seorang kanak-kanak lelaki berusia 4 tahun di Singapura satu ketika dahulu tidak mustahil berlaku pada anak anda.

Kejadian berkenaan dirakamkan CCTV  di mana  seorang kanak-kanak kelihatan dibiarkan bermain dengan menolak dan menarik satu pintu kaca hinggalah ia tiba-tiba tercabut lalu jatuh menimpa kanak-kanak tersebut.

Akibatnya kanak-kanak itu tertiarap di bawah pintu kaca setinggi tiga meter tersebut sebelum diselamatkan dan dikejarkan ke hospital.

Dia dilaporkan mengalami lebam di pipi kanan, luka di belakang kepala dan sakit leher.

Mujurlah, pintu kaca tersebut dari jenis ‘tempered glass’ jadi ia tidak pecah berderai yang tentunya boleh menyebabkan kecederaan lebih parah.

Kejadian berlaku di tingkat 5 pusat beli belah Westgate yang terletak di Jurong East, Singapura

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI