di layan teruk dan di hina angkara ebola




Pemain tengah Sierra Leone, Michael Lahoud berkata, rakan pasukannya dilayan dengan teruk dan berasa terhina kerana stigma orang ramai terhadap virus Ebola.

Disebabkan wabak Ebola yang semakin menular, Sierra Leone terpaksa beraksi dalam saingan kelayakan Piala Negara-Negara Afrika di venue berkecuali.
"Ia menyebabkan tekanan dan perselisihan," kata Lahoud.

"Orang ramai tidak membenarkan anda memasuki kawasan kerana perkara pertama mereka fikirkan adalah anda mempunyai penyakit Ebola. Ia satu diskriminasi dan cukup mengejutkan."

Pemain berusia 25 tahun itu berkata, beberapa pemain lawan menolak untuk berjabat dengan mereka dan penyokong lawan melaungkan 'Ebola' sepanjang perlawanan itu.

Majoriti pemain skuad Sierra Leone beraksi bersama kelab bola sepak di Eropah, Asia atau Amerika dan masih belum kembali ke tanah kelahiran mereka sejak Julai lalu.

"Saya dengar seorang pemain berprofil tinggi dari pasukan lawan menolak untuk menukar jersi dan sebaliknya memberi seluar pendek dan mereka kemudiannya tidak mahu mana-mana jersi yang dipakai sebagai balasan," katanya.

"Saya boleh memahami perasaan takut di sebalik semua itu kerana kekurangan pengetahuan mengenai penyakit Ebola, tapi apa yang mereka lakukan itu tidak betul.

"Hakikatnya kami melakar keputusan seri 0-0 menentang Cameroon dan ia adalah bukti kepada ketabahan dan semangat yang kami tunjukkan hadapi semua yang berlaku."

Lahoud yang beraksi bersama skuad Philadelphia Union adalah pemain tetap dalam skuad kebangsaan Sierra Leone namun dia tidak dapat beraksi bersama skuad kebangsaan kerana terbabit dalam aksi kemuncak MLS.

Penampilan terakhirnya bersama skuad kebangsaan adalah menentang Republik Demokratik Congo September lalu.

"Reaksi peminat sangat kejam ketika ini. Di Congo, hampir 20,000 penyokong melaungkan 'Ebola, Ebola' selama 90 minit," katanya.

"Ia sangat sukar dan menyakitkan. Kebanyakan kami tidak tinggal di Sierra Leone ketika ini tapi kami mempunyai keluarga di sana jadi isu berhubung wabak ini sangat peribadi. Ia mungkin salah satu pengalaman yang menyakitkan yang terpaksa saya hadapi sebagai pemain bola sepak.

"Anda berasa terhina. Terkandas di tempat seperti Zambia dan tidak dapat pulang ke rumah disebabkan mereka tidak akan melepaskan anda kerana secara automatik mereka akan berfikir anda mempunyai Ebola."

"Sewaktu berjalan-jalan di Congo, kami cuba memberi anak-anak kecil makanan tapi mereka kemudiannya melarikan diri kerana ketakutan melihat anda.

Ibu anak-anak kecil itu menyambar mereka dan melarikan diri daripada anda kerana mereka mereka fikir dengan hanya anda melihat mereka anda akan dijangkiti Ebola. Ia sangat hina."

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI