lori sampah ke lori gudang handbag..?
Mengapa lori sampah ini menyangkut beg-beg tangan sebegitu rupa? Mungkin bermain di benak minda kita ialah ianya beg tangan yang dibuang dan dikutip oleh pekerja lori itu.
Mungkin selepas itu, pekerja asing yang bekerja di dalam lori ini akan menjual beg tangan secara murah di pasar-pasar malam atau juga mungkin di internet.
Tindakan pekerja di lori sampah berkenaan menyangkut beg-beg itu sebegitu rupa menarik perhatian pengguna jalan raya untuk merakamkan gambar berkenaan dan disebarkan ke laman sosial Facebook.
Memang jarang nampak lori seperti ini kan?
Apapun, mungkin pekerja pengutip sampah ini bijak dengan menggunakan cara sebegitu untuk mencari duit dengan menjual beg-beg tangan berkenaan pastinya dengan harga yang murah.
Kejadian yang jarang berlaku ini, pastinya berlaku di Malaysia kerana bendera negeri Selangor yang terlihat di sebelah kanan gambar dan mungkin lokasinya di Shah Alam.
Jika dijual, siapalah agaknya di antara wanita di luar sana yang sudah terbeli beg tangan itu.
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI