misteri 40 pelajar yang hilang di serang oleh polis yang terlibat dengan kartel dadah terjawab



GAMBAR menunjukkan tapak pembuangan sampah yang didakwa turut menjadi lokasi pembuangan abu mayat pelajar yang dibunuh di bandar Cocula, Mexico.

BANDAR RAYA MEXICO – Suspek yang disyaki membunuh lebih 40 pelajar yang hilang di Mexico mengaku telah membakar mayat mereka dalam satu kejadian yang mengejutkan negara, kata Peguam Negara, Yesusu Murillo Karam semalam.

Bagaimanapun, beliau berkata, proses pengecaman mayat berhadapan dengan kesukaran memandangkan keadaan mayat yang telah hangus dan identiti mereka hanya boleh diketahui selepas dilakukan ujian deoksiribonukleik (DNA).

Pihak berkuasa sebelum ini giat mencari 43 pelajar yang hilang sejak polis menyerang sebuah bas di selatan Iguala pada 26 September lalu atas perintah bekas Datuk Bandar, Jose Luis Abarca bersama isterinya, Maria de los Angeles Pineda dalam satu kejadian yang mengakibatkan enam orang terbunuh.

Menurut Murillo Karam, tiga suspek yang berjaya ditangkap itu telah mengaku membunuh kesemua pelajar berkenaan yang diserahkan kepada mereka di satu kawasan di antara Iguala dengan bandar bersebelahan, Cocula oleh anggota polis yang dikaitkan dengan kumpulan kartel dadah, Guerreros Unidos.


About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI