kegilaan hartawan china



PELANGGAN di China lebih menggemari kapal layar bersaiz kecil untuk belayar dalam tempoh pendek sahaja.

PASARAN kewangan China yang semakin mencatatkan keuntungan membuatkan hartawan bernama Li Wang mampu memiliki enam buah kereta mewah termasuk jenama Bentley dan Porsche. Kini, beliau mencuba kegilaan terbaharu para jutawan iaitu kapal layar.

"Saya hanya tahu sedikit tentang kapal layar ketika ini. Ia bukan perkara yang luar biasa. Membeli sebuah kapal layar memang termasuk dalam perancangan saya," akui lelaki berusia 27 tahun yang agak berisi itu sambil berjalan dengan kaca mata hitam berbingkai emas melewati pelbagai jenis kapal layar yang tersusun di jeti sebuah pertunjukan bot di Dalian.

Li merupakan salah seorang daripada para pembeli Cina yang menjadi sasaran pembina kapal layar sedunia, yang mana harga sebuah kapal tersebut boleh mencecah RMB100 juta (RM52 juta) sebelum dikenakan cukai.

Negara tersebut hanya mempunyai lebih kurang 3,000 kapal mewah walaupun mempunyai kawasan pantai yang panjang dengan seramai 1.35 bilion penduduk termasuk beribu orang jutawan. Fenomena memiliki kapal layar masih dianggap sebagai satu hobi yang menakjubkan di China.

Keadaan sebaliknya dapat dilihat di Amerika Syarikat (AS) yang mana terdapat satu kenderaan air bagi setiap 15 orang penduduk.

Ketua Operasi Pembuatan Kapal Layar Itali Sanlorenzo di China, Tragott Kaminski telah membawa dua buah kapal layar ke negara itu pada tahun 2003.

"Di sini tiada peraturan, tiada pelabuhan, tiada budaya kapal layar. Firma kami masih perlu mendidik para pembeli baharu. Namun begitu, ada juga pelanggan yang arif dan tahu apa yang mereka kehendaki.

"Cuba fikirkan tentang industri automobil, 10 atau 15 tahun lepas tiada siapa yang menjangkakan bahawa China akan menjadi pasaran kereta terbesar dunia dan perkara yang sama akan terjadi pada industri kapal layar," ujarnya.

Sejajar dengan perniagaan kenderaan sedunia, dua syarikat kapal layar Eropah, Sunseeker (Britain) dan Ferretti dari Itali telah dibeli oleh firma-firma China beberapa tahun lepas

Beberapa ribu pengunjung menghadiri pertunjukan di Dalian meskipun terdapat halangan berbentuk cukai import sebanyak 43 peratus, had infrastruktur, dan musim sejuk yang teruk. Pihak penganjur mengatakan bahawa terdapat aktiviti jualan langsung yang rancak di situ.

Para pembeli di China mempunyai keperluan yang berlainan berbanding pembeli dari Barat, terang Kaminski.

"Di Eropah, kamu akan menggunakan kapal ini untuk pelayaran selama dua atau tiga minggu. Di China, kamu akan menggunakanya untuk berlayar seharian, maka kamu tidak memerlukan terlalu banyak kabin. Hanya spa dan ruang untuk berhibur lebih mendapat permintaan," jelasnya.

Di Barat, kapten dan kru kapal sering dianggap sebahagian daripada kumpulan yang sama. Tidak di China, yang mana para pengemudi dan staf dapur perlu diasingkan.

Para pelanggan dari China juga mahukan meja bulat untuk makan bersama, mesin karaoke, meja mahjong dan kawasan yang teduh.

Marco Valle, pengurus jualan di Azimut, sebuah syarikat pembuat kapal layar terkemuka dunia, mengingati pengalaman beliau menjual kapal layarnya yang pertama di China kepada seorang ahli perniagaan kaya dari Shanghai.

Pelanggannya meminta kapal layarnya itu dihantar tanpa enjin, kerana beliau berniat untuk mempamerkan pembelian beliau itu kepada kenalannya.

Pembeli di China bermula dengan memiliki bot-bot besar dan pasarannya akan berkembang kepada bot yang bersaiz lebih kecil. Keadaan sebaliknya berlaku di Eropah kerana pelanggan di sana membeli bot-bot yang bersaiz kecil dahulu dan akan beralih ke bot-bot besar apabila memiliki kewangan serta pengalaman.

Kira-kira satu peratus penduduk yang memperoleh pendapatan tertinggi di China dikatakan memiliki satu pertiga daripada kekayaan negara tersebut. Fakta tersebut menunjukkan betapa luasnya jurang pendapatan di negara komunis berkenaan.

Bagaimanapun, permintaan untuk kapal layar merudum pada tahun lepas akibat kempen penjimatan dan antikorupsi yang dijalankan oleh Presiden China, Xi Jinping



About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI