patut rasa malu,ini tidak perangai macam binatang berak merata...akhirnya budak tiup wisel digunakan untuk usir pelaku tak tau malu ini



NEW DELHI – Kerajaan negeri Madhya Pradesh di India dilaporkan bakal melengkapkan kanak-kanak sebagai peronda dengan ‘senjata khas’ iaitu wisel bagi mengusir penduduk yang sengaja buang air besar secara terbuka di tempat awam di negeri itu tidak lama lagi.

Agensi berita rasmi Press Trust of India melaporkan, Pesuruhjaya Divisyen Wilayah Indore, Sanjay Dubey sebagai berkata, usaha itu bertujuan bagi memalukan pelaku tersebut yang gemar buang kumbahan najis mereka di tempat terbuka daripada menggunakan tandas.

“Kanak-kanak di wilayah ini akan diajar cara betul guna wisel bagi mengejutkan penduduk sekitar jika terserempak orang yang buang air besar di luar rumah, sekali gus mengaibkan pelaku untuk prihatin menjaga kebersihan kawasan mereka,” kata Dubey.

Pegawai tempatan melaporkan, penduduk negeri tengah India itu memang suka membuang najis di kawasan awam sehingga menyebabkan Perdana Menteri, Narendra Modi malu dan berikrar untuk memastikan setiap rumah di negara itu wajib ada tandas sendiri.

Pemimpin tersebut memetik laporan Dana Bantuan Kanak-Kanak Antarabangsa (UNICEF) menganggarkan hampir 594 juta atau kira-kira separuh penduduk India membuang air besar di tempat terbuka dan memberi imej buruk tahap kebersihan penduduk negara itu.

Ia juga melibatkan nasib 300 juta wanita dan kanak-kanak perempuan golongan miskin yang dilaporkan terpaksa membuang hajat di tempat terbuka pada waktu malam sunyi sehingga mengakibatkan banyak kes serangan seksual terhadap mereka.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI