digigit ular sawa dari lubang tandas




Pengalaman ini mungkin jadi igauan paling ngeri dalam kehidupan seorang wanita dari Utara Bangkok, Thailand.

Rampeung Onlamai, 57, terkejut besar apabila seekor ular sawa bersaiz besar muncul secara tiba-tiba melalui lubang tandas di rumahnya.

Dalam keadaan tergamam Onmalai mahu segera beredar namun reptilia tersebut pantas mematuk tangan kanannya dan membelit wanita tersebut hingga jatuh.

Onlamai yang kesakitan segera bertindak mengambil penyapu berdekatan dan memukul ular sawa tersebut sambil menjerit memanggil anak perempuannya.

Terkejut mendengar teriakan, anak Onmalai segera datang menyelamatkan ibunya namun ular sawa tersebut telah melarikan diri dengan masuk kembali ke dalam lubang tandas.

Onlamai segera digegaskan ke hospital dan menerima 20 jahitan pada tangan kanan.

Pihak berkuasa yang dmaklumkan kejadian ini berusaha mencari dan menangkap ular sawa tersebut namun tidak dapat dipastikan sama ada repitilia tersebut berjaya ditangkap.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI