ramai kanak kanak tidak bersekolah kerana wabak ebola




WAKIL UNICEF di Ivory Coast, Adele Khudr mengajar kanak-kanak cara untuk mencuci tangan mereka semasa kempen kesedaran Ebola di Gueupleu, barat negara itu kelmarin.

Wabak demam Ebola yang menyerang Afrika Barat membawa penderita­an tidak secara langsung kepada berjuta-juta kanak-kanak di rantau berkenaan.

Walaupun kanak-kanak merangkumi hanya satu perlima daripada angka rasmi 14,000 jangkitan Ebola, lebih ramai lagi menderita akibat kehilangan ibu-bapa, disisihkan, penutupan sekolah dan gangguan lain dalam kehidupan harian mereka.

Lebih 4,000 kanak-kanak menjadi piatu akibat Ebola dan sering kali, mereka ini disisih oleh waris masing-masing berikutan ketakutan mengenai wabak itu.

UNICEF sedang berusaha me­nempatkan anak yatim dan kanak-kanak yang sembuh daripada jangkitan Ebola bersama wa­­ris masing-masing. Malah, UNICEF turut berusaha mendapatkan bekas pesakit Ebola dewasa untuk membantu kanak-kanak berkenaan.

Di tiga negara paling teruk terjejas iaitu Sierra Leone, Guinea dan Liberia, lebih 5 juta kanak-kanak tidak bersekolah kerana Ebola manakala mereka juga tidak dibenarkan bermain di luar rumah kerana bimbang dijangkiti virus itu.

Wabak Ebola yang kini melanda dunia telah menyebabkan lebih 5,000 orang terbunuh


About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI