lambang hindu pada botol mineral yang ada logo halal JAKIM
Gambar aktiviti keagamaan penganut Hindu (dalam bulatan) yang tertera pada label botol air mineral ini didakwa menyinggung sensitiviti pengguna beragama Islam
Sebuah syarikat pengilang air mineral di gesa supaya menghentikan pengeluaran salah satu produknya yang didakwa memaparkan satu objek berkaitan aktiviti keagamaan pada label botolnya.
Perkara itu jelas menyalahi Akta Perihal Dagangan 2011 yang tidak membenarkan mana-mana pengilang atau pengeluar meletakkan simbol berunsur keagamaan pada label produk yang boleh menyentuh sensitiviti masyarakat.
Siasatan yang dibuat mendapati, tindakan meletakkan gambar objek yang mempunyai kaitan dengan aktiviti keagamaan penganut Hindu tersebut juga dikhuatiri mengelirukan pengguna terutamanya masyarakat Islam di negara ini.
Justeru itu pihak berkuasa khusus Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan di gesa supaya menjalankan siasatan segera terhadap pengilang air mineral terbabit.
Sebagai langkah bertanggungjawab, syarikat pengilang terbabit seharusnya menghentikan pengeluaran dan penjualan produk air mineral yang mempunyai gambar berkenaan.
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI