ikan lumba lumba mati terdampar di pantai new zealand
SEKUMPULAN sukarelawan membantu beberapa ekor ikan lumba-lumba pandu yang terdampar di sebuah pantai di New Zealand kelmarin
WELLINGTON – Sebanyak 36 ekor ikan lumba-lumba pandu dijumpai mati selepas terdampar di beberapa kawasan pantai di New Zealand sejak beberapa hari lalu.
Jabatan Pemuliharaan Hidupan Liar (DOC) berkata, kumpulan ikan lumba-lumba tersebut kali pertama dikesan di Pelabuhan Ohiwa di kawasan timur laut perairan negara itu pada Isnin lalu.
Kata DOC, beberapa kumpulan sukarelawan telah dikerah ke beberapa kawasan pantai selepas berpuluh-puluh ikan lumba-lumba pandu dikesan terdampar.
“Kami berjaya membantu sebanyak 21 ekor ikan lumba-lumba pandu kembali semula ke laut tetapi 36 ekor lagi telah mati,” katanya.
Menurutnya, jabatan itu tidak tahu kenapa ikan lumba-lumba pandu itu berenang ke kawasan pantai sehingga menyebabkan ia terdampar.
Bagaimanapun, seorang pegawai DOC, Steve Brightwell berkata, kemungkinan haiwan berkenaan sakit dan datang ke pantai untuk mati.
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI