selain bom , jangan sebut EBOLA dalam pesawat....!!!



Philadelphia – Selain perkataan bom, jangan sesekali anda menyebut mengenai Ebola ketika menaiki pesawat ketika ini kerana ia boleh mengundang kekecohan yang tidak anda sangka sama sekali.

Itu yang berlaku kepada seorang penumpang pesawat penerbangan Amerika Syarikat dari Philadelphia menuju ke Republik Dominica apabila dia menjerit `saya ada Ebola’ selepas bersin dalam pesawat.

Ia bukan sahaja mencetuskan kelam kabut malah mengakibatkan penerbangan itu tertunda selama dua jam selepas pasukan hazmat yang lengkap dengan pakaian perlindungan khas mengadakan pemeriksaan di atas pesawat yang mempunyai 255 penumpang itu meskipun anak kapal percaya lelaki itu hanya bergurau.

Namun disebabkan dia asyik bersin dan batuk, iaitu simpton awal Ebola, maka lelaki itu telah ditahan dan dibawa ke pusat pemeriksaan kesihatan di Punta Cana.Dia kemudian mengesahkan bahawa dia bukan berasal dari Afrika.

Pasportnya juga tidak menunjukkan dia mengunjungi Afrika dalam masa terdekat ini dan dikatakan berbuat demikian untuk mendapatkan perhatian.

Insiden itu berlaku pada Rabu lalu ketika White House bersetuju untuk mempertingkatkan pemeriksaan di hospital di seluruh Amerika Syarikat selepas seorang lelaki meninggal dunia akibat Ebola di Dallas.

Thomas Duncan merupakan pesakit pertama Ebola yang meninggal dunia di Amerika Syarikat dan dia dijangkiti virus maut itu sekembalinya dari Liberia.


About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI