cas telefon sambil berjalan



DI Filipina, seorang remaja lelaki berusia 15 tahun, Angel Casimiro telah mencipta pengecas bateri telefon. Apa yang menarik mengenai pengecas telefon tersebut ialah ia menggunakan langkah kaki untuk mengecas telefon pintar.



ANGEL meletakkan cakera piezoelektrik pada bahagian dalam kasut untuk membentuk tekanan sewaktu berjalan bagi menghasilkan tenaga yang boleh digunakan untuk mengecas bateri telefon bimbit.

Boleh dikatakan hampir semua orang memiliki telefon pintar kerana ia dianggap sebagai satu keperluan pada masa kini dan telah mendominasi pasaran dunia dari segi pembangunan aplikasi.

Perkembangan teknologi ini juga telah mengorak langkah lebih jauh dengan penghasilan telefon pintar pelbagai jenama yang mensasarkan remaja sebagai salah satu golongan utama.

Walaupun spesifikasi telefon pintar dikatakan semakin canggih, namun masih terdapat beberapa perkara yang dianggap sebagai kelemahan telefon pintar iaitu jangka hayat bateri.
Di Filipina, seorang remaja lelaki berusia 15 tahun, Angel Casimiro telah mencipta pengecas bateri telefon. Apa yang menarik mengenai pengecas telefon tersebut ialah ia menggunakan langkah kaki untuk mengecas telefon pintar.

Kepiezoelektrikan merupakan sejenis cara yang mesra alam untuk menjana kuasa teknologi seperti telefon bimbit. Oleh itu, langkah kaki dilihat sebagai salah satu cara terbaik bagi menghasilkan daya yang membolehkan telefon pintar dicas.

Menurut Angel, bukan mudah baginya untuk memikirkan alternatif tenaga lain yang tidak melibatkan penggunaan angin, solar, hidro atau biogas.

Justeru, remaja tersebut telah mencipta lapisan kasut yang dilengkapkan dengan kristal piezoelektrik di mana setiap kali dia melangkah, flex kristal yang mengeluarkan tenaga akan terhasil.

Bagaimanapun, terdapat beberapa kelemahan dalam ciptaan remaja ini kerana untuk mengecas bateri sebanyak 400mAh Li-on, ia memerlukan anda melangkah berjam-jam lamanya.

Bayangkan, anda perlu berjoging selama lapan jam untuk memenuhkan hayat bateri telefon, atau anda perlu bermain bola keranjang selama dua jam demi mendapatkan 10 minit masa untuk mengecas.

Oleh itu, sebagai pengguna telefon pintar sudah pasti kita inginkan cara yang lebih mudah untuk mengecas telefon seperti menggunakan ‘power bank’, sejenis alat kecil yang boleh dibawa ke mana-mana untuk mengecas telefon.

Walaupun piezoelektrik bukanlah satu idea baru, namun usaha remaja itu untuk mencipta bahan tenaga yang mampu mengecas telefon bimbit secara semula jadi patut dipuji dan merupakan satu pencapaian yang membanggakan.


About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI