AS sebenarnya lebih bahaya daripada pengaruh IS




SEORANG pelajar Havard menyatakan pendapatnya ketika diwawancara Bonham.


Massachusetts: Pelajar Harvard menganggap Amerika Syarikat (AS) sebagai ancaman lebih besar terhadap keamanan dunia berbanding kumpulan Negara Islam (IS), menurut kaji selidik dijalankan terhadap pelajar universiti terkemuka dunia itu.

Akhbar Campus Reform - yang dianggap pengasasnya sebagai kumpulan pemerhati kampus untuk pelajar konservatif - menemu ramah pelajar- di universiti Liga Ivy itu dengan menyoal: “Siapa yang paling mengancam keamanan dunia, IS atau AS?”

Pelajar yang dirakam dalam video berkenaan rata-rata menganggap dasar campur tangan antarabangsa AS lebih berbahaya berbanding IS walaupun ramai tawanan Barat dipenggal kumpulan berkenaan sejak beberapa bulan lalu.

Menurut seorang pelajar: “Sikap imprealisme AS dan usahanya melindungi kepentingan sumber minyak di Asia Barat Tengah dilihat sebagai punca kepada ketidakstabilan di rantau terbabit seterusnya dianggap punca kumpulan seperti IS mampu menyebarkan pengaruhnya.”

Perkara itu dipersetujui seorang lagi pelajar yang menganggap kebanyakan masalah dimulakan AS sendiri.

“Sebagai negara barat kita sendiri patut dipersalahkan kerana banyak masalah yang kita hadapi sekarang sebenarnya akibat perbuatan kita sendiri.

“Saya rasa tidak salah jika dikatakan bahawa kita sebenarnya yang mengakibatkan IS menjadi masalah,” katanya.

Temu ramah dikendalikan pengarang Campus Reform, Caleb Bonham yang juga kerap menjadi tetamu rangkaian berita Fox.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI