kuda tertinggi




KUDA setinggi 2.43 sentimeter ini memiliki selera luar biasa.

LONDON – Seekor kuda setinggi 2.43 meter yang diselamatkan oleh dua petani daripada disembelih dipercayai kuda tertinggi di Britain, lapor MailOnline semalam.

Kuda itu yang dinamakan Lincoln mempunyai selera makan yang besar. Haiwan itu makan 12 kilogram (kg) lobak merah, 24 biji epal, 5kg bayam dan lima biji kubis sehari.

Lincoln yang sebelum ini sakit telah diselamatkan dari sebuah rumah sembelihan oleh seorang petani, Ruth Blair.

Haiwan itu turut dijaga oleh seorang pemilik syarikat buah-buahan dan sayur-sayuran, James Mackie.

“Apabila saya dan rakan saya menemui Lincoln, haiwan itu amat kurus. Pada mulanya kami menganggap Lincoln tidak dapat diselamatkan lagi tetapi kuda itu semakin pulih selepas dirawat,” kata Mackie.

Dia membelanjakan kira-kira £28.50 (RM150) sehari jika membeli makanan Lincoln di pasar raya di sini atau bersamaan dengan £10,374 (RM54,502) setahun.

Sebelum ini, seekor kuda bernama Clydesdale di Kanada diiktiraf oleh Rekod Dunia Guinness sebagai kuda tertinggi kerana mempunyai ketinggian 3 meter

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI