professor kangkung dari universiti kelentong....GST mampu turunkan harga, tingkat kuasa beli rakyat ...agak agak lah kalau nak membodek kerajaan...!!!




KUALA LUMPUR - Pendekatan kerajaan memperluas skop barangan keperluan dan perkhidmatan asas dikecualikan daripada Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bukan hanya mampu menurunkan harga barang dan meningkatkan kuasa beli rakyat, malah dapat menangkis dakwaan pakatan pembangkang bahawa pelaksanaan cukai baharu itu membebankan rakyat.

Sebaliknya, pengecualian GST dalam barangan keperluan asas seperti petrol dan diesel, ubat-ubatan serta peningkatan jumlah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) menunjukkan kerajaan begitu prihatin terhadap kebajikan rakyat.

Profesor Ekonomi dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Datuk Dr. Amir Hussin Baharuddin berkata, keinginan rakyat berbelanja meningkat kerana harga barangan keperluan dan perkhidmatan asas yang tidak dikenakan GST akan turun.

“Ini memberikan satu nikmat yang besar kepada rakyat terutama penduduk luar bandar dan pada masa sama mampu merancakkan lagi aktiviti perniagaan,” katanya.

Dalam ucapan pembentangan Bajet 2015, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan bersetuju meluaskan skop barang yang tidak dikenakan GST.

Najib berkata, daripada 944 barang dan perkhidmatan yang terdapat dalam kumpulan barangan Indeks Harga Pengguna, 532 barang atau 56 peratus dijangka mengalami penurunan harga sehingga 4.1 peratus. - Bernama







##




bodek kerajaan pandai....tapi cakap tak pakai otak....setiap barang mempunyai rantaian harga....kalau satu barang kena cukai rantaian darinya pasti naik harga...contohnya minyak naik 20 sen ....boleh ko jumpa roti canai turun 20 sen...

setakat cakap macam tu budak hingusan boleh cakap....bagi satu contoh lah...

inilah produk dari universiti kelentong....patutlah universiti negara kita dah bukan antara terbaik di dunia...rupa rupanya....otak serupa dengan menteri kangkung

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI