restoran mamak Al Ehsan NAFI masak guna bakon khinzir....lain kali tulis betul betul...kan dah jadi fitnah....dan menyusahkan si pengadu bila buat lapuran polis...!!!




Susulan kes seorang pengguna Facebook mendakwa sebuah restoran mamak di Wangsa Maju menggunakan bakon khinzir dalam masakannya yang viral di laman sosial dan WhatsApp sehari dua ini, individu mewakili restoran mamak terbabit tampil membuat penafian.

Pengguna akaun FB Sulthan Alehsan memuat naik status di bawah yang diharap dapat disebarkan bagi membetulkan persepsi orang ramai terhadap restoran Al Ehsan selepas penyebaran maklumat silap.



Salam kepada semua. Bagi pihak Restoran Al-Ehsan, saya telah mendapati satu pos salah tentang Restoran kami di dalam Facebook oleh “***”. Pos tersebut telah dimuat naik. Bagi pengetahuan semua, senarai barangan tersebut jelas di tulis “5 pkt” dan kami menggunakan bacon daging lembu untuk set menu sarapan. Kami memberikan 100% jaminan bahawa kami menghidangkan makanan yang halal di semua cawangan kami. Kami adalah Muslim dan mengamalkan Agama Islam Syariah dalam kehidupan seharian kami. Memohon maaf untuk gangguan yang dialami. Harap disebarkan.

Kesilapan dipercayai berlaku apabila dalam senarai barangan yang perlu dibeli pekerja restoran tersebut; tertulis perkataan ‘becon 5 pkt’ tetapi dibaca oleh lelaki yang menyebarkan berita silap ini sebagai ‘becon pig’.

Difahamkan, pemilik restoran Al Ehsan sudah pun membuat laporan polis agar pemilik FB yang menyebarkan cerita fitnah terhadapnya menarik balik status berkaitan dan memohon maaf.

rujukan ...
mamak mula meniaga bacon khinzir....bior betul...?

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI