padah sihir...kapak jiran hingga mati kerana di tuduh amalkan sihir
Hurungwe (Zimbabwe): Seorang lelaki mati selepas dikapak jirannya kerana disyaki menyihir dia dan keluarganya.
Kejadian minggu lalu itu berlaku berikutan satu majlis menghapuskan sihir yang dilakukan seorang dukun, Gurajena, di kediaman suspek.
Suspek, Wilson Mupakati, 53, menyerang jirannya, Chirumezani selepas Gurajena memberitahu dia dan keluarganya disihir oleh mangsa.
Mahkamah semalam diberitahu, sebaik dimaklumkan oleh dukun berkenaan, Mupakati, 53, dengan membawa kapak pergi ke rumah mangsa.
Tidak sempat Chirumezani berkata-kata, suspek mengeluarkan kapak yang disembunyikan di belakangnya lalu menetak kepala mangsa.Ia menyebabkan Chirumezani mati di tempat kejadian.
Pendakwa raya Webster Dimungu berkata, polis menemui senjata yang digunakan dalam pembunuhan itu ketika menangkap Mupakati di rumahnya.
Mahkamah tidak membenarkan suspek diikat jamin memandangkan kes itu berat dan saksi pula tinggal di kampung sama.
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI