pejuang ISIL tawan pangkalan tentera di Iraq




BAGHDAD – Kumpulan pejuang Negara Islam (IS) kelmarin berjaya menawan sebuah pangkalan tentera Iraq di bandar Hit ketika mereka mara menuju ke wilayah al-Anbar di barat Iraq, lapor media tempatan.

Akhbar al-Mada dalam satu laporan memberitahu bahawa pangkalan tersebut ditawan selepas berlaku pertempuran sengit selama beberapa jam antara pejuang  IS dengan askar Iraq.

Menurut laporan akhbar itu lagi, pasukan keselamatan Iraq juga memindahkan sejumlah banduan di bandar al-Ramadi dan kawasan sekitarnya yang merupakan ibu kota wilayah al-Anbar ke pusat tahanan di Baghdad.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Ahad lalu memberitahu bahawa pertempuran di sekitar Hit menyebabkan lebih 180,000 penduduk menjadi pelarian.

Sementara itu, agensi berita Iraq kelmarin melaporkan bahawa tiga letupan menggegarkan beberapa kawasan kejiranan penduduk Syiah di Baghdad menyebabkan 30 orang maut manakala 60 lagi cedera.

Serangan tersebut menyasarkan kawasan kejiranan Kadhimiyah, Bandar Sadr dan daerah Habibiyah.

Terdahulu, para pegawai polis berkata, seramai 24 pejuang IS di katakan  terbunuh dan 16 lagi cedera selepas pejuang Kurdis mengebom sebuah pusat latihan kumpulan itu berhampiran al-Muqdadiyah di timur laut Baghdad.

Satu serangan bom kereta di tengah bandar al-Muqdadiyah pula menyebabkan 10 orang awam terbunuh dan sembilan lagi cedera.

Sementara itu di Syria, pejuang Kurdis masih bertempur dengan pejuang  IS bagi mempertahankan bandar Kobane yang mula dimasuki oleh kumpulan berkenaan, kata pegawai kanan Kurdis dan kumpulan pemantau.



About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI