mamak nak menipu dengan meniaga bacon khinzir....bior betul...?




Makan makanan daripada sumber halal adalah wajib ke atas umat Islam.

Atas dasar itu seorang pengguna Facebook berkongsi kisah di laman sosialnya tentang sebuah restoran mamak yang dia percaya, menggunakan bakon khinzir untuk memasak makanan barat yang dipesan pelanggan.

Di bawah adalah perbualan yang didakwa berlaku antara dia dengan pekerja restoran mamak tersebut yang ditemui di sebuah pasar raya di Sri Rampai, Setapak ketika beratur untuk membayar harga barangan.



Menurut individu yang memuat naik status ini di FB, sebagai seorang yang bekerja dalam bidang makanan dia maklum terdapat bakon diperbuat daripada daging lembu tetapi bakon digunakan restoran terbabit dakwanya adalah daging khinzir




Justeru dia berkongsi info dan gambar berkaitan kerana bimbang jika ada pelanggan Islam yang termakan makanan tidak halal tanpa disedari.








Sama ada dakwaan ini tepat atau berlaku salah faham tak dapat dipastikan.



Apa pun sebagai umat Islam adalah menjadi tanggung jawab kita untuk mengelakkan diri daripada mendekati sesuatu yang mendatangkan was-was di hati contohnya makan di restoran yang diragukan status halalnya benar-benar dijaga

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI