tersangkut di lubang tandas




KEADAAN Zhang yang terbaring selepas tangannya tersangkut di dalam lubang tandas.

GUANGYUAN – Seorang nenek terpaksa menanggung kesakitan selama empat jam apabila tangannya tersangkut di dalam lubang tandas selepas dia cuba mengambil gigi palsunya yang terjatuh,kelmarin.

Nenek tersebut yang hanya dikenali sebagai Zhang, 85, berkata, gigi palsunya terjatuh ketika di sedang membersihkannya berdekatan lubang tandas.

“Saya memasukkan tangan saya sehingga ke paras lengan di dalam lubang tandas untuk mengambil gigi palsu berkenaan tetapi gagal.

“Bagaimanapun, apabila saya cuba bangun saya dapati tangan saya sudah tersangkut,” katanya.

Ujarnya, ketika kejadian dia tinggal berseorangan di rumah dan terpaksa menunggu hampir satu jam sebelum seorang menantu perempuannya pulang daripada bekerja.

Menurutnya, menantunya itu telah menghubungi bomba selepas dia bersama ahli keluarganya yang lain gagal mengeluarkan tangannya yang tersangkut.

“Beberapa anggota bomba berjaya menarik keluar tangan saya dari lubang tandas selepas mencurah air sabun,” jelasnya


About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI