apa yang kita paham dengan akta kerja 1955...?



Kita masih menggunakan satu akta yang dibuat SEBELUM KITA MERDEKA!Masya Allah!
Mari kita faham serba sedikit tentang Akta Kerja 1955.

Apakah pekerja yang diliputi oleh Akta Kerja 1955?
Semua pekerja yang mendapat gaji tidak melampaui RM1,500.00 se bulan, dan seseorang pekerja yang melakukan kerja manual tanpa mengira jumlah upah se bulan.

Apakah maksud “Waktu Kerja Biasa”?
“Waktu Kerja Biasa” ialah waktu kerja seperti yang dipersetujui di antara majikan dan pekerja dalam kontrak perkhidmatan sebagai waktu-waktu kerja biasa dalam sehari.

Waktu kerja biasa tersebut tidak boleh melebihi:
8 jam sehari tidak termasuk waktu rehat;
5 jam bekerja berterusan tanpa rehat sekurang-kurangnya 30 minit; dan
48 jam seminggu.

Atas persetujuan bersama, pekerja boleh bekerja 9 jam sehari tetapi tidak boleh melebihi 48 jam seminggu.

Apakah yang dimaksudkan dengan ‘kerja lebih masa’?
Kerja lebih masa bermakna bilangan jam kerja yang dilakukan melebihi masa kerja normal sehari.

Apakah kadar bayaran kerja lebih masa?
Kadar bayaran kerja lebih masa hendaklah sekurang-kurangnya seperti berikut:
Pada hari kerja biasa, 1 ½ kali kadar gaji sejam untuk hari biasa.
Pada hari rehat, 1 ½ kali kadar gaji sejam untuk kerja hari rehat
Pada cuti am, 1 ½ kali kadar gaji sejam untuk kerja pada cuti am.

Adakah terdapat had kepada bilangan jam seseorang pekerja dibenarkan kerja lebih masa dalam satu bulan? Seseorang pekerja tidak boleh dikehendaki bekerja lebih masa melebihi 104 jam dalam sebulan.

Baca ayat last tu.

"Seseorang pekerja tidak boleh dikehendaki bekerja lebih masa melebihi 104 jam dalam sebulan." tapi dengan syarat,gaji anda bawah RM1500.WHAT THE HELL PUNYA UNDANG-UNDANG.Pernah tak anda terfikir kenapa kebanyakan company bagi starting basic salary anda RM1600?

Sebab kalau dia bagi RM1500,company akan hilang privilege untuk :
a. Suruh anda kerja tanpa bayar overtime
b. Paksa anda kerja melebihi masa secara percuma
c. Defend company kalau kena dakwa tak ikut law

Apa perbezaan gaji RM1500 dan RM1600?Kita nampak RM100 tapi sebenarnya nilai dia SANGAT BESAR.

Meh kita buat perkiraan,ikut apa yang aku lalui dulu.Aku pernah kerja non-stop dari Isnin sampai Ahad.Masuk pukul 9:30,balik pukul 3:30 pagi.Itu adalah 18 jam.Jadi,kalau lah average aku kerja satu hari 14 jam,seminggu aku dah kerja...98 jam.Sayangnya,gaji aku waktu tu lebih RM1500. ~ 98 jam - 48 jam = 50 jam.Aku dah kerja double dari apa yang sepatutnya termaktub ikut labour law.

Kalau gaji aku RM1500;
Gaji sehari (22 hari seminggu) = RM68.18
Gaji sejam (8 jam sehari) = RM8.52

Kalau gaji aku RM1600;
Gaji sehari (22 hari seminggu) = RM72.72
Gaji sejam (8 jam sehari) = RM9.09

Beza 60 sen!Tapi...Rate overtime sejam untuk gaji RM1500 (8.52x 1.5) = Rm12.78

RM12.68 x 50 jam = RM639.....Kalau gaji aku sebulan RM1500,aku boleh buat overtime  dan dapat RM639 untuk overtime 50 jam bekerja.Kalau gaji aku RM1600....aku hanya akan dapat RM1600 aje.

What the hell?Zaman dulu bolehla pakai RM1500 tak dapat overtime sebab Rm1500 tu mewah la satu masa dulu.Sekarang ni,banyak company yang menggunakan loophole ni untuk mengelakkan diorang daripada perlu membayar claim dan dapat meminimakan kos.

Ini perlu diubah.Akta ni adalah akta sebelum merdeka.Bukan semua hidup nak bekerja setiap masa.Bekerja memang perlu..tapi bila kepentingan pekerja tak diambil kira,susahlah camtu.Agak mudah nak menakut-nakutkan pekerja di luar sana,cakap aje "kat luar sana payah nak dapat kerja.." konfem dia akan bertahan aje walaupun sepatutnya dia berhak untuk dapat apa yang dia sepatutnya dapat.

Aku sure ramai kat luar sana yang mengalami masalah macam ni.Dipergunakan company yang luarannya nampak caring dengan selalu bawak gi makan hotel atau majikan selalu bawak gi bercuti ke...nak buat anda rasa dihargai.Tapi sebenarnya itu semua adalah kos yang anda sendiri tanggung.Time anda,hidup anda,biarlah berbaloi dengan apa yang anda buat.Balik rumah main game.Balik rumah lepak tengok TV dengan isteri.Balik rumah main dengan anak.Kerja sampai ke pagi buat apa?

BUKAN DAPAT OVERTIME PUN KALAU GAJI ANDA RM1500 KE ATAS!
ITU ADALAH CHARITY!MAJIKAN UNTUNG ANDA RUGI!

Selagi akta pekerjaan ni tak diubah,pekerja-pekerja akan masih terus dibuli sebab mereka takutkan hilang pekerjaan.Jawapan aku mudah aje....hidup kau sekali...kalau kau rasa tak berbaloi dan rasa ditekan,berenti.Rezeki ada kat mana-mana.Jika anda suka kerja anda,pastikan anda dapat ganjaran setimpal dengan apa yang anda buat.Jangan biar diri anda dipergunakan.Cuba kira sama ada anda dibayar betul ikut apa yang anda dah lakukan.Duduk saja kat ofis sebab majikan suruh tunggu pun satu kerja...jadi,jangan sebab anda takde kerja anda ambik benda tu sebagai charity kepada company.

Kau suka kerja ikut masa,kau suka kerja ikut hours yang perlu,kenapa perlu malu?Kenapa perlu rasa segan kalau bos kau nampak kau tak menyumbang lebih dari yang dimintak?Dia bayar 100,kau bagi lah 100.Takyah bagi 110.ITU SEMUA CRAP! Work and salary is a two way street tapi di Malaysia selalunya staff yang jadi mangsa.

Undang-undang tahun 1955...tolonglah update akta ni.



sumber : kawan aku

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI