resepi ikan bakar special



BAHAN-BAHAN AIR ASAM BUDU :-)

10 biji cili padi Thai, warna merah
2 biji cili merah
5 biji tomato ceri
4 biji bawang merah, hiris kasar
1 camca besar pes asam jawa
1 camca besar penuh gula (atau secukup rasa)
1/2 inci belacan, dibakar
5 camca besar budu
5 biji limau kasturi, perah jusnya
1 cawan air mineral @ air masak

BAHAN-BAHAN LAIN :-)

2 ekor ikan tongkol putih
3 biji terung ungu
1 cekak kangkung

CARA MEMBUATNYA :-)

UNTUK AIR ASAM BUDU :-

Anda ada dua pilihan, samada nak tumbuk dengan lesung batu atau kisar dengan blender. Masukkan cili merah (patah2kan), cili padi, belacan, gula, pes asam jawa dan air masak. Kisar hingga lumat. Masukkan bawang merah dan tomato ceri. Kisar hingga hancur, gunakan kaedah 'pulse' pada alat pengisar anda.

Tuang dalam bekas, masukkan budu dan jus limau kasturi, kacau rata dan sesuaikan rasa, jika kurang masam boleh tambah jus limau kasturi atau jika kurang manis, anda boleh tambah sedikit lagi gula. Garam tak perlu sebab budu tu sendiri dah masin..

UNTUK IKAN DAN ULAM-ULAMAN :-

Ikan disiang, cuci bersih dan belah 2 setiap seekor (guna ikan bersaiz sederhana,  kerat 2 setiap 1, kemudian baru dibelah). Lumur dengan sedikit serbuk kunyit dan garam. Bakar hingga masak, kurang lebih 4-5 minit setiap bahagian, bergantung pada saiz ikan yang anda guna..

Untuk terung, anda belah dua setiap sebiji terung, kemudian kerat dua,  cuci dan toskan. Lumur dengan sedikit garam dan panggang hingga masak, kurang lebih 1-2 minit setiap bahagian. Untuk kangkung pula, anda siang dan cuci bersih. Dan celur dalam air mendidih yang ditambah sedikit garam dan 1/2 camca teh minyak masak. Celur 30 saat sudah memadai, angkat dan toskan. Boleh hidang bersama air asam budu..

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI