ambulan paling pantas di dunia





Dubai (Di bawah Emiriyah Arab Bersatu – UAE) baru-baru ini melancarkan perkhidmatan ambulans yang boleh ditafsir sebagai yang terpantas di dunia.

Ini kerana, ambulans mereka tidak menggunakan kenderaan ala-ala lori seperti di tempat lain seluruh dunia, sebaliknya menggunakan kereta sport Lotus Evora dengan kelajuan kenderaan itu mampu mencapai 300 kilometer sejam.

Ia tidak membawa sebarang katil.

Jelas ia bertujuan untuk memastikan pasukan perubatan tiba secepat mungkin ke lokasi kejadian dengan membawa perlatan yang paling penting.

Selepas itu baru ambulans sebenar akan dihantar untuk membawa mangsa ke hospital.

Selain jenama kenderaan itu, perkhidmatan kesihatan Dubai juga akan menggunakan jenama Ford Mustang dan Chevrolet Corvette.

Rasanya tindakan kreatif ini pasti akan membentu menyelamatkan lebih banyak nyawa.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI