jeruk epal hijau asam boi




BAHAN-BAHANNYA :-)

6 biji epal hijau, cuci bersih dan toskan
15 biji asam boi @ asam kecut (jenis putih)
1/4 camca teh garam
1/3 cawan gula pasir
3 biji limau kasturi, belah 2 setiap 1
10 biji cili padi thai, potong kecil

CARA MEMBUATNYA :-)

Sediakan botol kaca, cuci bersih dan rendam dalam air panas 10 minit dan toskan. Epal hijau dibelah 2 setiap satu, korek keluar bahagian tengahnya (empulur) kemudian hiris sederhana tebal (che mat hiris menjadi 6 keping untuk 1/2 bahagian epal). Buat kaedah sama untuk 1/2 bahagian epal lagi. Dan juga baki kesemua epal.

Masukkan semua epal2 hijau yang telah siap dipotong ke dalam bekas besar. Kemudian tambah gula pasir, garam, cili padi, asam boi dan limau kasturi. Gaul rata2 hingga semua mesra. rasa dan jika suka manis, anda boleh tambah sedikit lagi gula.

Kemudian masukkan ke dalam botol tadi (mungkin anda kena guna 2 biji botol). Simpan dalam peti sejuk sekurang2nya 4-5 jam atau semalaman untuk rasa yang lebih ampuh. Sedap dimakan sejuk...

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI