Dubai Miracle Garden dibuka tepat pada Hari Valentine, 14 Februari 2013 lalu. Nama syarikat pemaju taman bunga ini adalah Akar. Mereka mengatakan, bukannya tak mungkin membangunkan sebuah oasis di tengah gurun pasir, melalui penggunaan air sisa dan pengairan.
Tidak hanya indah, display bunga di Dubai Miracle Garden akan terus berganti setiap musim. Pelancong boleh mendapatkan pengalaman baru di dalam setiap musim. Kalau di Eropah bunga-bunga mati akibat musim sejuk, tetapi di Dubai, puncak musim sejuk adalah waktunya bunga tumbuh subur. Sebaliknya, Dubai Miracle Garden akan ditutup pada puncak musim panas.
Akan dibuka pada pertengahan bulan Februari, taman bunga ini akan ditutup pada akhir Mei dan dibuka kembali bulan Oktober. Anda punya sekurang-kurangnya 3 bulan untuk menikmati taman bunga gergasi di Timur Tengah ini. Harga tiket masuk yakni 20 Dirham untuk dewasa dan anak-anak di atas 3 tahun.
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI