cekodok tapai ubi




BAHAN-BAHANNYA :-)

1 1/2 cawan tapai ubi
2 cawan tepung gandum
1 camca teh baking powder
2 camca besar gula
1/2 camca teh garam
1 biji telur, dipukul sedikit
1 cawan air (kurang lebih)
Minyak untuk goreng terendam
Salted caramel untuk dimakan bersama cekodok (resipi di sini)

CARA MEMBUATNYA :-)

Tapai ubi dilecek halus bersama gula pasir dan garam. Masukkan telur dan gaul rata. Ayak tepung bersama baking powder dan masukkan ke dalam mangkuk berisi tapai tadi. Gaul perlahan sambil dituang air sedikit demi sedikit hingga habis. Kacau hingga rata. Ketepikan sebentar.

Panaskan minyak untuk goreng terendam. Sudukan atau jemputkan adunan tadi ke dalam minyak panas, buat 10 - 15 biji sekali goreng, bergantung pada saiz kuali dan saiz cekodok anda. Goreng dengan api sederhana hingga perang keemasan pada keseluruhan cekodok. Angkat dan toskan. Buat hingga siap.

Drizzle dengan salted caramel sebelum dihidangkan untuk sarapan pagi atau pun minum petang. Selamat mencuba!!..

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI