resepi singgang ikan bilis



BAHAN-BAHANNYA :-)

500 gram ikan bilis segar, disiang, buang kepalanya dan cuci bersih
1/2 kiub pati ikan bilis (optional)
1 biji bawang besar, hiris
3 ulas bawang putih, diketuk
1/2 inci halia, diketuk
5 biji cili akar @ 2 biji cili hijau, belah 2 tapi tak putus
1/2 camca teh serbuk kunyit
1/2 camca teh pes asam jawa
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Bawang goreng untuk hiasan
Sedikit daun ketumbar, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)

Masukkan air ke dalam periuk (kurang lebih 700 ml atau secukupnya). Masukkan juga bawang besar, bawang putih, halia, serbuk kunyit dan asam jawa. Kacau rata dan masak hingga mendidih.

Masukkan kiub ikan bilis (jika guna) dan ikan bilis. Masak dengan api sederhana hingga ikan masak. Masukkan cili hijau, perasakan dengan garam secukupnya. Masak sekejap lagi dan kacau perlahan2. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur bawang goreng dan hias dengan daun ketumbar sebelum dihidangkan.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI