cinta aku



"awak ni kenapa!!"

"sayang.. saya tak tau langsung apa salah saya"
"awak tak salah!! Saya yang benci kat awak paham!!!"
Sumpah aku tak faham.. entah kenapa dia suka mintak benda tu. Aku betul tak sanggup.. mintakla apa saja.. aku boleh buat asalkan dia bahagia.. tapi bukan perpisahan. Aku tak sanggup kehilangan dia. Dia la punca hidup aku

"awak dengar tak ni??" sekali lagi suara itu membentak hati. Aku pandang matanya,meminta secebis pengertian agar dia faham yang aku tak sanggup lepaskan dia pergi.. aku lihat ada air bertakung di tubir mata itu.. sama seperti aku. Dan itulah yang terjadi tiap kali dia minta berpisah..
"saya tau awak tak nak sayang.." aku bersuara lembut.. cuba untuk menenangkan hatinya

"apa yang awak tau? Awak tak tau.. tak faham apa pun!! Kenapa awak tak nak lepaskan saya,kenapa nak teruskan jugak?? Nak terus seksa jiwa saya? Hati saya ni.." dia masih berkeras seperti selalu. Suara nya juga masih membentak. Aku dah biasa.. tapi aku tak tau sampai bila aku mampu bertahan

"saya tak boleh hidup tanpa awak sayang.." air mata aku jatuh jua akhirnya. Air mata seorang lelaki.. aku lihat dia juga mula menangis. teresak2.. aku tau dia tak berniat nak lukakan hati aku..

"awak.. sampai bila kita nak mcm ni?? Satu hari awak mesti penat jugak.." dalam sendu dia bersuara. aku lap air mataku,aku bawa dia dalam dakapan.. aku biarkan tangisnya habis di situ.. biarpun aku tahu esok pasti benda yang sama berulang lagi..

Itulah yang terjadi dalam cerita cinta kami. Dia yang selalu berkeras agar perpisahan terjadi. Dan aku yang sering bermatian mempertahankan cinta yang hampir rapuh ni.. tapi yang pasti dia masih sayangkan aku,dan dia tak boleh hidup tanpa aku.. dia jadi mcm tu mungkin sebab terlalu sayangkan aku. Dia pernah bagitau.. dia cintakan aku dengan lukakan hati aku.

Aku faham maksud dia,dia kata.. kalau terus bersama,dia akan terus marah aku,dia akan terus tengking aku,dan sakit hati.. walaupun aku tak pernah buat salah pada dia. Aku tak kisah.. aku rela terima apa saja yang dia buat asalkan aku dapat terus bersama dia. Aku tau dia cintakan aku sebab.. setiap kali lepas mintak berpisah pasti dia yang kesal.. pasti dia yang ku lihat betul2 rasa bersalah. dan sampai sekarang.. dia pasti tak menolak pelukan aku tiap kali selepas terjadinya pertengkaran yang tiada punca antara kami..

"sayang.."
"apa??" dia memandangku dengan wajah manjanya seperti selalu
"2 + 2 berapa?" dan aku juga bertanya soalan yang selalu aku tanya tika menikmati saat indah bersama..
"7"

"pandainya.. siapa ajar ni?" aku cuit dagunya dan dia menolak mesra
"tak tau.. orang yang bernama darling" kami tertawa bersama dan dia bersandar lembut di bahuku.. tanganku di genggam erat..

Kerana itu aku tahu dia betul2 sayangkan aku.. biarpun sering melukai hatiku,dia pasti segera mengakui dan meminta maaf dengan rasa sesal.. dan bila aku tanyakan sampai mana sayangnya pada aku pasti dia akan jawab "sayang yang tak tersampai" mulanya aku juga tak faham. Rupa2nya dia maksudkan cintanya pada aku tak tercapai oleh apapun..

Dia jarang luahkan sayangnya pada aku melalui kata2. tapi dari sentuhannya,pandangannya dan kemesraannya.. aku dapat dalami perasaannya yang sebenar. Yang sering tertutup oleh egonya,yang sering terlindung di sebalik malunya.. sukar dia ingin ucapkan kata rindu tapi dapat aku rasa tika dia tersenyum manis dan memelukku erat seperti tak mahu kehilanganku tika itu.

Semua yang mengenalinya pernah bagitau aku.. dia seorang gadis yang kasar. Tapi apa yang aku rasa bila kami bersama,dia rupanya seorang yang manja.. dan hanya aku yang dapat merasakannya.

"sayang ni manja la.."
"eii.. saya tak suka la.. saya bukan mengada2"
"berapa kali saya nak kata.. sayang manja,bukan ngada2.."
"sama je" dia memuncungkan bibirnya dan merajuk kecil. Sesuatu yang dia tak sedar.
Dia sememangnya manja.."ngade2 sangat ke saya ni?" dia menarik tangan ku sambil kakinya menghentak2 kecil

"sayang tak ngade2. sayang manja.. saya suke sangat" pipinya yang tembam ku cubit mesra. Dan dia merengek kecil.. semua itu hanya aku yang terpilih untuk merasainya. Bukan lelaki lain. Aku memang bertuah.. sesuatu yang dia sendiri tak sedar yang dia memilikinya...

Tapi bila perkara yang aku benci itu terjadi

"awak ni kenapa!!! Kenapa saya call tak angkat??!!" sedikit saja yang tercuit pasti dia mengamuk habis2an. Sedangkan dia tau aku tak sengaja. Dia seperti menunggu masa untuk marahkan aku. Tapi aku tau.. dia juga selalu terseksa dengan sikapnya sendiri.

Dia sendiri tak faham mengapa sikapnya jadi begitu.. dan aku tau tiap kali selepas memarahi aku dia akan minta berpisah,sebenarnya kerana dia kesal marah kan aku.. dan dia takut akan marah lagi seterusnya melukai hatiku. Tapi sumpah... aku lebih sanggup di marah hari2 daripada hidup tanpanya.. gilanya cinta itu,begitulah gilanya aku hidup tanpanya di sisiku,begitulah gilanya aku dalam mempertahankan cinta ini

Sayang..

Andai kemarahanmu yang menjadi rutin cintaku..
Aku relakan asal dirimu masih bisa ku dakap
Andai benar aku yang harus bermatian dalam medan cinta ini..
Biarkan.. asal hatimu tetap milikku
Sumpah sayang...

Cintaku hanya satu dan itulah kamu



About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI