cinta sesaat seorang wanita



Hmmm! Dah pukul 2.10 petang. Mana dia ni? Macam ni ke blind date? Agaknya dia gugup kot. Huhh? Dia bagi missed call la. Tadi, kat dalam ruang chat dia kata, bila dia sampai dia akan bagi missed call. Maknanya…Maknanya…Dia sampailah. Dia sampai? Betul ke dia sampai? Waa… Aku pulak yang gabra. Huh! Huh! Huh! 1, 2, 3…

Tanpa diarahkan, kakiku pantas melangkah menuju pintu masuk perpustakaan. Pintu slaid yang diselaputi kabus hujan di luar tingkap menghalang pandangan ku seketika. Ohh! Kereta putih itu. Sah! Memang sah dia! Apa dia tengah buat tu?

Seandainya pintu itu ialah kaca nipis, nescaya dah lama pecah akibat wajah ku yang melekat dengan cermin slaid yang tak berapa berkualiti. Keh! Keh! Keh! Sebelah tangan pegang handphone, sebelah lagi pegang payung. Kejap! Kejap! Dia letak balik payung tu. Dia ambil balik. Haha! Dia letak balik. Apa kena dia ni? Memang sah lah. Akulah perempuan pertama yang berani-berani takut jumpa dia kat luar. Hahahah! Nenek aku ambil test driving pun tak segugup ni tau.


Ahh! Alang-alang pekasam, biar aku mesej dia. ‘COME IN. LIBRARY'S OPEN' Huh! Kekadang susah juga lain bangsa ni. Alamatnya, expose la bakat semulajadi aku yang kurang pandai speaking. Mmm… Tak apa. Orang kata, belajar dari kesilapan. Hehe! Agaknya, apa perasaan dia aku asyik pandang dia hah? Tak sabar rasanya nak gelak depan dia. Alamak! Dia… Dia dah depan pintu lah. Rasa nak terkucil je. Mama… help me.

Tanpa diminta, aku cuba senyum selebar yang mungkin. "Hai!!"
Dia memandang ku. "Hello!"
Hahh? Dia kata hello? Hahaha! Kelakarnya. Aku pura-pura malu dan tunduk sedikit, tanda hormat.

"Okay! We go up stair." Aku berlagak tenang. Dia hanya mengangguk. Sedang aku kusyuk menaiki tangga, dia berkata "You're so beautiful today." Aku tersenyum dengan sedikit rasa riak. Bagi aku, dah biasa sangat pujian tu. Sekali sekala aku pun nak kelainan sikit. "I don't know you're so cute" ataupun "May you marry me?" Hehe! Sekurang-kurangnya, ada peluang aku pura-pura jual mahal sikit.

"How long have you been waiting? Sorry ya." Dia cuba memprovok aku supaya berkata lebih daripada satu patah perkataan. Sebab pertama, dia suka sangat dengar suara aku melalui telefon. Sebab kedua, mesti bosan bercakap dengan orang yang kurang bercakap. Macam bercakap dengan dinding je. Sebab ketiga, tak ada sebab!

"Ehemm…" Tu baru mukaddimah dah buat dia menoleh, memandang dan terpaku. Entah-entah ayat yang seterusnya boleh menyebabkan dia terpengsan kot. "No lah. Not so long. It's just 15 minutes." Waaa… Baru 15 minit aku rasa macam dah 15 hari menunggu tau. Seksanya…

"What? 15 minutes? Sorry lo…" Terpancar rasa bersalah disebalik wajah cinanya. Kakinya masih mengekori langkah ku yang sengaja ku percepatkan. Saja…Nak menambahkan rasa bersalah dalam dirinya. Hehe!

"It's ok. I don't mind." Aku tersenyum manja. Heh! Kalau model terkenal macam Tyra Banks tu tengok seyuman aku masa ni, nescaya dia menagis kekalahan. "This is the reading corner. Shouldn't call it corner coz it's in the middle." Aku tersengih sendiri.

"Ohh! So, you always sitting somewhere here, isn't it?" Aku hanya mengangguk.
"…And this room for research section." Waa… Memang bagus kalau aku jadi attendant perpustakaan. Cepat naik pangkat.

Aku ada kelemahan sikit. Kelemahan aku, tak betah satu tempat. "Mind to go down stair?" Tanpa menunggu responnya, aku melangkah pergi. "If you want, u may stay. I'll go down. Ok, bye!" Wahh…Selambanya aku. Dah lama aku tak main kejar-kejar ni. Tengoklah, mesti dia kejar aku. Satu, dua, tiga, tiga suku…

"Wait!"

Hahaha! Tengok! "I know you will ask me to wait. That's why I purposely walk slowly." Aku tersenyum kambing. Bangga! Kambing pun tak senyum macam aku. Sebab nampak maniss sangat. Haha!

Haii… kenapa susah sangat nak faham perangai perempuan seorang ni. Dia dapat baca hampir semua fikiran aku. Tak boleh jadi ni. First date dia dah kenakan aku. Dahlah curi hati aku tanpa izin. Sekarang… Apesal dia tak pandang muka aku sejak tadi. Hodoh sangat ke aku ni? Ohh dunia, jawablah. Aku ni hodoh sangat kah? Hodohkah aku di matanya? "Hehe! I thought you're taller than me."

Tiba-tiba aku memandangnya. Ni boleh mengundang kemarahan yang membara di dalam jiwa. " I consider tall ma." Muka aku yang sedia tampak manis bertukar masam sesaat. Setakat dua tiga inci rendah daripada dia apa sangatlah. Itu pun nak kisah ke? Tengok aku. Ramai lagi lelaki yang lebih tinggi daripada dia, dia juga yang aku pilih. "Here is children's section. Sometimes these books are more interesting rather than for our age." Aku masih tenang.

"Hey! Look here; don't you want to see my face?" Kenapa aku rasa perempuan ni lain sedikit daripada semua perempuan yang aku pernah kenal sebelum ni. Tak pernah aku keluar dengan perempuan bertudung macam dia ni. Baju dia boleh tahan. Semalam aku kata, tak payahlah nak bergaya sangat. Pegangan kami pun lain-lain. Kalau bercinta, boleh bertahan ke? Hmmm.

"Yes?" Akhirnya aku senyum kembali. Aku tahu, hari ini sepatutnya menjadi hari yang cukup bermakna buat kami. Aku tak patut merosakkannya.

Wahhh! Cantiknya mata dia. Dia pernah cakap, minggu lepas dia beli contact lens berwarna. Mungkin yang dia sedang pakai sekarang ni. Lupa pulak warna tu. Hmm nanti aku tanya sebab masa masih panjang.

Apehal pulak dia tenung-tenung aku macam tu. Rimaslah! Rasa nak balik pulak. Sebenarnya, aku jarang keluar lama-lama macam ni. Memang aku bagitahu mama aku keluar jumpa kawan bukan berdating. Hmm rasa berdosa pulak tak bagitau dia tadi. Oh mama, forgive me!

"Awak! Nak pergi satu tempat tak?"

Huh!! Dia cakap melayu ke? Rasa nak pengsan pulak. Wawawa… Aku pura-pura tunjuk muka blur. "What do you mean?" Hahaha…

"We go somewhere…?" Pura-pura dalam perahu pulak perempuan nie. Eh, betul ke peribahasa tu?

Nak! Nak! Nak! Ehem, ehem… kena control jiwa sikit beb! "Up to you!"

Alaa… malu-malu kambing pulak dia ni "Alright! Come on… I will take umbrella first, okay?" Sebagai lelaki sejati, aku kena buktikan aku bukan tipikal lelaki yang pentingkan ego sendiri. Eseh! Macam lelaki cina terakhir pulak. Hahaha~

"Ohh! No need, I don't need umbrella. I just walk to your car, okay?" Ehem… Aku tak suka arr kena layan macam puteri ni. Dah biasa sangat jadi Cinderella versi Melayu, kena hidup berdikari. Apa lah sangat kena hujan setitik dua. Tak demam pun… Nak sangat rasanya aku bagitahu kat dia… ‘I don't need umbrella, I just need you…' sayangnya, lidah aku pendek sangat.

Wahh! Aku belum melangkah ambil payung lagi dia dah meredah hujan, dah terpacul sebelah kereta aku. Lipas kudung pun tak macam dia. Alien jenis apa dia ni? "So fast??" Aku saja mengerdipkan mataku beberapa saat. Pura-pura tak percaya.

"He he he…" Itu je yang mampu ku balas. Emak aku cakap, jangan bercakap dengan orang luar. Tunjuk muka seposen pun cukup.

"Kita nak ke mana hah?" Emak aku cakap kita boleh cakap dengan orang luar, tapi tak boleh lebih daripada lima patah perkataan.

"My mother asked me to buy something… So, we go to shop first, okay?" Kacau lah mak aku ni, orang baru nak blind date. Dia sibuk sibuk nak aku beli ini, beli itu… Apa pulak fikiran perempuan ni nanti tengok aku beli benda-benda macam tu. Malu laaaa!

"Okay!"

"By the way, I bring something for you…" Huhh! Susah-susah aku bersengkang mata siapkan benda-benda sweet macam ni, rugi pulak tak bagi kat dia. Tak tahu la dia hargai ke tak? Tangan aku lantas mencapai sebuah kotak cokelat cadbury sebesar 40cm x 25cm lalu ku hulurkan kepadanya.

Huhh! Besarnya… Dia bagi aku cokelat Cadbury? Love shape pulak tu. Gerenti mahal… Apesal susah-susah sangat…

"Kat dalam tu bukan cokelat okay. You can open it at home. Please don't open it now. Just to give you surprise." Hehehe! Dengan muka selamba aku explain panjang lebar. Hahahaha! Terpedaya ye bang? Wakakaka! Kelakarnya aku tengok muka dia…

"Ohhh! Hehe … Yeah, I don't hope it would be chocolates, coz it's very expensive and I don't want you to spend because of me, k." Suspen budak ni… Budak ni suka surprise ke? Ermm… she's cute.

Ohhh! Aku terlupa laa… Mana dia? Ohh ini dia… Hehehe… Apesal dia tengok-tengok?
"Last night I made cocktail pudding. I haven't eaten yet, so I bring along." Sorry okey, yang ni bukan untuk awak… Penat tau saya buat… Kalau nak, buat sendiri ler…

Apa kena dengan perempuan ni. Selalu sangat buat aku suspen. Aku betul-betul ingatkan cocktail tu untuk aku. Tengok dia makan nampak sedap jer… kalau dia buat audition untuk model makanan, memang sah dia termasuk dalam senarai pendek. Awak… tak nampak ke saya jelling-jeling nie? Ke buat buat tak nampak? Ohh perempuan, fahami lah jiwaku yang kelaparan ni…

"Awak, nak ke?" Aku saja nak testing dia. Tengok tahap mana dia dapat bertahan… Hahaha! Kalau aku suapkan dia gerenti dia makan punya.

"Awak habiskan je la. Nampak sangat awak lapar…" hahaha! Aku ke yang cakap macam tu? Nampak sangat aku berpura-pura. Alaa.. Aku cuma nak apply reverse phsychology je… Hai perut, sudah sudahlah berdondang sayang.

"Tak ada selera la… Awak nak saya suapkan tak?" Huhh apa yang aku merepek ni? tak ada selera? Atas dasar perikemanusiaan, aku offer dia dengan hati yang berbelah bahagi, darab, campur… Kesian la tengok dia kena buli dek aku.

"Nahh!" Aku offer dua kali je… aku kira sampai tiga, kalau masih tak nak alamatnya sudu ni selamat sampai ke dalam mulut aku yang seksi ni. "One… Two…"

Ngappp! Wahhh sedapnya… Pandainya dia buat. "It's very nice." Nak lagi, nak lagi…

Tak ada yang mampu aku balas selain senyuman kambing versi orang kepadanya. Aku faham sangat pujian dia ni. Mesti nak lagi… Hmmm tiba-tiba ada tanduk yang muncul disebalik kepala ku. Huhuhu… "Nak ehh?" Hehe..

Wahh! Biar betul budak nie? Banyak tu? Macam mana nak telan? Aku tengah driving ni…

"Ready to open your mouth…one…"

"But…" Ahh tak pe lah, sumbatkan je la. Janji aku makan…

"…two…" Apabila sudu tersebut on the way ke mulutnya tiba-tiba sengaja aku buat U-turn ke mulut ku. Hahahahaa……

Perempuan niiiiiiii! Nak buat aku marah ke? Aku dah siap buka mulut tiba-tiba…Berdosa tau menghampakan harapan orang. Tak nak makan lagi la…

Eeeiii! Buruknya muka dia… "Sorry lah… I just want to play with you…" Semakin dalam pulak rasa kesian aku terhadapnya. Tak nak buli lagi la… Buat amal je la, suapkan dia.

Akhirnya kami sampai ke destinasi. "Okay, I hope you don't laugh at me later."

Dia nak beli apa hah? Okay, dia ambil bakul… Aik! Apa tu? Hahahahaha. sayur? Epal? Rempah ratus? Wait a second…. Dia belikan stok untuk emak dia ke? Haha! Okay, blind date pergi beli sayur?

Demi menjaga maruahnya, seperti biasa aku cuma tunjukkan senyuman kambing versi orang. 45 minit kemudian, kami ke destinasi seterusnya… Kedai bunga! What? Kedai bunga? Nak beli bunga untuk aku ke? Ohhh… gumbiranya hatiku… Berbunga-bunga mekar.

"You wait in the car, okay?" Hehe. My turn!

Oh dear… toksah lah nak tunjuk sweet. Kenapalah susah susah nak beli bunga untuk aku? Belanja aku makan kebab pun cukup la…

"Sorry, let you wait so long. You hold this."

Aik! Bunga apa ni? Ni bukan bunga ros. Bunga teratai pun bukan… Turn aku tunjuk muka blur.

"What happen to you? This flower is for my mother for her prayer." Haha… Dia perasan sendiri ke?

Whaat??? Hehehe nasib baik aku tak ucapkan terima kasih tadi. Wahaha! Malu nyaaa…

Destinasi terakhir ialah pantai… Wow! My favourite place… Tak nak cerita la memori kat sana. Semua tu rahsia alam. Confidential!

Tepat pukul 6 petang, aku sampai kat rumah. Penat lah pergi dating ni…..



sekian

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI