lemak pucuk ubi pulut



BAHAN-BAHANNYA :-)

1 cekak pucuk ubi pulut yang muda (atau pucuk ubi biasa)
2 batang serai
1 genggam udang kering, rendam 10 minit
1/2 kiub pati ikan bilis (optional)
1000 ml santan cair
400 ml pati santan
1 biji bawang besar, hiris
4 ulas bawang putih, diketuk
1 biji cili merah, hiris
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)

Pucuk ubi diasingkan dari tangkainya, cuci dan rebus hingga empuk. Toskdan, tekan2 dengan belakang senduk untuk keringkan air rebusan. Kemudian kerat2 pucuk ubi rebus tadi pada beberapa bahagian. Serai diketuk. Udang kering ditoskan dan tumbuk hancur.

Dalam periuk, masukkan pucuk ubi, serai, udang kering tumbuk, hirisan bawang besar dan bawang putih Gaul rata dan tuang santan cair. Kacau dan masak hingga mendidih.

Masukkan kiub ikan bilis (jika guna) dan cili merah, masak sekejap. Tuang pati santan, perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Masak hingga mendidih dengan api kecil dan kacau sentiasa. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi, sambal belacan, ikan goreng atau ikan masin.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI